Jumaat, 17 Februari 2012

Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia Sebanyak 4%. Setuju Atau Tidak?

Staff Berita Semasa

cukai gst Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia Sebanyak 4%. Setuju Atau Tidak?


Kalau ikutkan dah lama isu pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ini berkumandang. Dan apabila merujuk bacaan kali pertama rang undang-undang tersebut dibuat pada 16 Disember, 2009 dengan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dikenakan adalah sekitar 4.0 peratus.

Melalui undian yang pernah kami buka sebelum ini merujuk kepada laporan berita Malaysia GST (Goods Service Tax) Akan Dilaksanakan Tidak Lama Lagi. Elak Malaysia Bankrap!!! Daripada 606 responden, sejumlah 79% tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST.

Cukai Barang dan Perkhidmatan Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia Sebanyak 4%. Setuju Atau Tidak?

Bagi kami GST adalah satu bentuk cukai yang lebih adil berbanding cukai pendapatan yang ada pada hari ini.

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) VS Cukai Pendapatan?

  1. Cukai GST : Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak cukai yang anda perlu bayar (menghukum siapa yang terlalu boros berbelanja). Sukar untuk mengelak.
  2. Cukai pendapatan : Lebih banyak pendapatan anda, lebih banyak yang perlu anda bayar. (menghukum siapa yang berusaha lebih). Ramai yang terlepas tanggungjawab membayar cukai.

Jikalau GST dengan dilaksanakan dengan betul, lebih mudah untuk membanteras dalang + melindungi aktiviti kelompok kaya lari daripada membayar cukai. Cuma kami hanya akan bersetuju dengan pelaksanaan jika kerajaan bersedia menghapuskan caj-caj tersembunyi yang digunapakai selama ini.

Senarai Barangan Asas Dikecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

  1. beras
  2. sayuran
  3. tepung
  4. gula

Berdasarkan statistik di bawah ini bagi kami agak mengecewakan :

  1. pencarum aktif epf = 12.5 juta.
  2. pencarum perkeso = 8 juta.
  3. pembayar cukai individu = 2 juta. Logikkah? Kurang daripada 10 juta daripada rakyat Malaysia yang membayar cukai pendapatan. Menampakkan ramai yang mempunyai pendapatan tinggi lari daripada tanggungjawab membayar cukai
  4. pembayar cukai individu top bracket (bayar 26%) = 40,000 orang. Satu angka yang tidak munasabah. Mana lagi beribu-ribu VVIP, Dato’ + Tan Sri dan kelompok-kelompok kaya di Malaysia? Takkanlah 40,000 sahaja yang bayar cukai untuk top bracket?

Hakikatnya hari ini banyak ketirisan yang berlaku dalam usaha mengutip cukai di Malaysia dengan sistem yang ada sekarang. Dan dengan pelaksaan GST dapat mengurangkan kebocoran kutipan cukai di Malaysia sekaligus menambah lagi pendapatan kepada negara.

Melalui sistem sedia ada contohnya pengilang-pengilang, pengusaha-pengusaha, ramai yang mengambil kesempatan dengan “mencuri” cukai jualan yang sepatutnya dikenakan kepada pengguna tetapi akhirnya duit tersebut tidak sampai kepada kerajaan. Modus operandi ini bukan rahsia lagi tetapi dilihat pihak berwajib yang mengutip cukai tak dapat berbuat apa-apa.

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi kami sangat dialu-alukan jika kerajaan hapuskan semua cukai-cukai tersembunyi yang lain termasuklah cukai import yang kebiasaanya menjangkau antara 10% – 35%. Contohnya :

  1. satu barang harga dibawa masuk RM 1000
  2. cukai import 30%, jadi RM 1300
  3. penjual ambil untung 30%
  4. Jadi RM1690, jika GST 4% dilaksanakan
  5. pembeli perlu bayar GST tax RM67.60
  6. Harga barang jadi RM 1757.60
  7. Kerajaan kutip cukai RM367.60
  8. Di sini sahaja, hampir 36% caj tambahan yang dikenakan kerajaan

Contoh Pengiraan Selepas Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) Dilaksanakan :

gst good and services tax Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia Sebanyak 4%. Setuju Atau Tidak?

Contohi pelaksanaan GST di negara lain supaya tiada lagi cukai-cukai yang tersembunyi yang seringkali menyebabkan “rakyat terperangkap”. Apatah lagi kebanyakkan barang yang ada di pasaran hari ini kebanyakannya adalah barang import, adakah masih ada cukai import? Adakah buku setebal 4 inci kastam Malaysia itu akan dihapuskan?

Kerajaan ada 2 pilihan sekarang ini samada :

  • laksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan hapuskan cukai-cukai yang tersembunyi = rakyat untung @
  • laksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan dalam pada masa yang sama masih lagi “menghisap” melalui cukai-cukai yang tersembunyi = rakyat semakin sengsara….

Buatlah sehingga 15% sekalipun, kami sokong tetapi sekali lagi kami katakan hapuskan semua caj-caj tersembunyi termasuklah cukai kereta import supaya cajnya jelas kepada semua rakyat Malaysia.

9 ulasan:

Kris Jr berkata...

Rasanya GST yang banyak akan membebankan rakyat terutama mereka yang berpendapat rendah. Sebab harga barang/perkidmatan akan naik dan sangat mahal

Anak Sabah berkata...

Rasanya kebanyakan rakyat tidak akan bersetuju dengan GST ini kerana menambah lagi bebanan kewangan mereka.

Anak Sabah berkata...

Harap kerajaan akan mempertimbangkan GST ini dengan cermat sebelum ia dilaksanakan.

Tanpa Nama berkata...

rasanya rakyat tak perlukan GST, ia hnya tambahkan beban rakyat.

Unknown berkata...

Rasanya macam ada kebaikkan juga GST ini.

Unknown berkata...

Maka pastikan perlaksanaan yang ingin dibuat perlulah dikaji terlebihdahulu.

Tanpa Nama berkata...

kebanyakan GST country ni sekarang telah maju. contohnya Amerika Syarikat. mungkin perlunya juga Malaysia untuk mengikut jejak 75% negara ni. tidak mustahil 25% yang masih belum mengamalkan GST akan turut mengamalkannya suatu hari nanti.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat sepatutnya tidak memandang cukai2 ni pada sudut pandangan yang negatif saja. saya pasti kerajaan telah mengambil kira semua aspek jika GST ni dilaksanakan.

Scarlett berkata...

Mungkin GST ini ada baiknya juga kerana ramai yang lari daripada membayar cukai pendapatan. Setiap pro dan kon dua item ini perlu dipertimbangkan sebaik-baiknya agar dapat mencari win-win situation. Setuju dengan penulis bahawa cukai-cukai tersembunyi perlu dihapuskan.