Isnin, 27 Februari 2012

NFCorp - Terpulang Peguam Negara Dakwa Atau Sebaliknya, Kata PM

Post Pic

ANTARA POS.COM


SEKINCHAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata terpulang kepada peguam negara untuk memutuskan samada mahu mendakwa lembaga pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) atas tudah pecah amanah atau sebaliknya.

Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa tidak semua siasatan akan berkesimpulan kepada pendakwaan.

Najib berkata, peguam negara memiliki kuasa mutlak di bawah perlembagaan untuk memutuskan jika sesuatu kes mempunyai bukti yang cukup untuk diterima mahkamah atau mengembalikan kertas siasatan kepada polis untuk siasatan lebih lanjut jika berpendapat bahawa bukti yang dikemukakan tidak kukuh.

"Saya menyatakan ini atas dasar prinsip bahawa andaian tidak boleh dibuat berhubung apa yang akan berlaku kemudian kerana ia terpulang kepada peguam negara...dan hanya dia saja yang berhak untuk membuat keputusan berhubung perkara itu," katanya kepada media selepas menghadiri satu majlis, di sini, hari ini.

Beliau menambah sesuatu pendakwaan itu tidak boleh ditentukan mengikut sesuka hati kerana kes berkenaan perlu memenuhi kehendak undang-undang yang diperuntukan sebelum dibawa ke mahkamah.

"Kita tidak boleh membuat andaian bahawa semua penyiasatan akan berakhir dengan pendakwaan," ujarnya lagi.

Semalam, Pengarah Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata pegawainya kini sedang giat berkerja untuk mempercepat dan menamatkan sisatan yang sedang dijalankan sebelum menghantar kerats siasatan kepada kamar peguam negara.

"Kami akan mencadangkan kepada kamar (peguam negara) untuk membuat dakwaan...terutamanya terhadap ahli lembaga pengarah syarikat terbabit," katanya lagi.

Difahamkan, ia adalah kali kedua kertas siasatan berkaitan dipulangkan kepada polis oleh kamar peguam negara yang meminta siasatan lanjut dijalankan.

Kali pertama polis mengemukakan kertas kepada kamar peguam negaraa adalah pada 17 Januari lalu selepas mereka merakamkan 54 kenyataan, termasuk dari kakitangan syarikat terbabit.

Walaupun enggan memberikan garis masa tertentu bila siastan yang dijalankan dijangka selesai, Syed Ismail berkata siasatan ayng dijalankan berada di peringkat akhir.

Menurutnya, kertas siasatan tersebut telah dihantar semula kepada pegawai penyiasatnya beberapa hari lalu oleh Kamar Peguam Negara berikutan beberapa perkara yang perlu dikemaskini.

Tiada ulasan: