Khamis, 16 Februari 2012

NCR, JUDE MOHON PENGISYTIHARAN MAHKAMAH

SABAH KINI

SEORANG kolumnis akhbar setempat, Marcel Jude Rabu memfailkan permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman terhadap Ketua Menteri Sabah dan kerajaan negeri Sabah, berhubung isu status Hak Tanah Adat (NCR) di Mahkamah Tinggi di sini.

Permohonan itu ditetapkan untuk pendengaran pada 9 pagi, 3 April di hadapan Hakim Datuk David Wong Dak Wah.

Dalam permohonannya, Marcel memohon perintah mandamus dan larangan untuk menghalang responden daripada menguatkuasakan dasar tidak akan mengiktiraf mana-mana tanah NCR yang wujud selepas 1930 atau NCR yang tidak dapat dibuktikan telah wujud sejak 1930.

Beliau juga memohon pengisytiharan untuk memberikan kuasa dan hak milik sah kepada NCR yang diwujudkan selepas 1930.

Permohonan bagi semakan kehakiman itu dibuat berikutan kenyataan yang dibuat pada minggu lepas oleh Peguam Besar Negeri Sabah bahawa untuk membolehkan tanah NCR disahkan, ia perlu dibuktikan telah wujud sejak 1930. (BERNAMA)

Tiada ulasan: