Selasa, 14 Februari 2012

Mufti ingatkan PM minta nasihat agama sebelum hadir


MALAYSIA KINI

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa mendapatkan pandangan penasihat agamanya terlebih dahulu sebelum menghadiri upacara agama lain, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

NONEMenurut beliau, ini termasuk kehadiran kontroversi Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke sambutan Thaipusan di Batu Caves baru-baru ini.

Dr Juanda (kiri) berkata, perkara itu penting supaya tindakan perdana menteri tidak menimbulkan sebarang kekeliruan.

Najib pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam dengan lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.

Selain itu, gambar perdana menteri juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan mereka yang datang ke kuil itu.

Sebelum ini, perdana menteri terdahulu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing hanya menghantar wakil ke sambutan Thaipusam itu.

Tindakan Najib itu, antaranya mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, PAS dan kumpulan NGO Islam.

najib thaipusam 2011Antara yang paling keras, Harussani dipetik portal The Malaysian Insider sebagai berkata beliau terkilan dengan tindakan itu yang didakwa “menggadai akidah” walaupun mendakwa sudah ditegur setiap tahun.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” kata Harussani.

Tiada ulasan: