Selasa, 14 Februari 2012

Mahfuz: Kemelut NFC akan lambatkan PRU13


Nigel AwKemelut projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mungkin melewatkan kerajaan daripada membubarkan Dewan Rakyat supaya pilihan raya umum dapat diadakan.

Ini, menurut naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, adalah antara beberapa sebab mengapa pilihan raya umum tidak akan diadakan pada tempoh dua bulan akan datang.

"Tidak mungkin kerajaan akan adakan pilihan raya umum apabila isu NFC ini menghantui kepimpinannya dan Umno," kata Mahfuz pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, katanya satu lagi masalah yang membelenggu kerajaan, adalah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang masih dalam kajian.

Skim berkenaan dalam bentuk semasa, kata Mahfuz, telah menimbulkan kemarahan kakitangan awam yang merupakan penyokong utama bagi kerajaan, kerana kenaikan gaji yang besar hanya dinikmati pegawai tinggi tetapi peningkatan nominal untuk pekerja peringkat bawahan.

Tiada ulasan: