Isnin, 6 Februari 2012

Kuasa ketiga:Apa yang ditawarkan oleh DHA kepada rakyat?

Oleh: umnopenyangak

Perkembangan politik semasa negara semakin menarik menjelang PRU ke 13 yang menurut Husam Musa parlimen akan dibubarkan minggu depan seperti yang dicacatkan oleh Husam di FBnya.Menariknya politik semasa negara ialah kerana munculnya kuasa ketiga(tak silap namanya JATI) yang diterajui oleh DHA dan disokong kuat oleh ISMA.Kemunculan kuasa ketiga ini diikuti pula oleh khabar pembubaran parti KITA yang awalnya dijangka menjadi kuasa ketiga tetapi nampaknya tak jadi dan ahli ahlinya dilapurkan juga akan kembali kepada PR.

Kini Kuasa ketiga DHA sudah memulakan roadshow dengan Tema IMR(Islam, melayu dan Raja raja Melayu).Setakat ini dilapurkan tiga ceramah sudah diadakan di Jalan kebun, Bangi dan Bukit Gantang.Kalau kuasa pertama ia itu BN menawarkan Pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan, sementara kuasa kedua ia itu PR menawarkan buku jingga, timbul tanda tanya apakah pula tawaran kuasa ketiga kepada rakyat?

Setakat hari ini, apa yang yang boleh didengar dari ceramah roadshow kuasa ketiga hanyalah berkaitan pembabitan parasit dalam PAS Selangor, penentangan DAP terhadap undang undang Syariah di Selangor dan keburukan moral pemimpin PR ia itu DSAI yang didakwa mempunyai isu moral yang teruk serta menyokong perkara perkara yang bertentangan dengan Islam.

Nampaknya kuasa ketiga mahu memberitahu rakyat bahawa PR tidak boleh diharap untuk menegakkan Islam dalam negara.PAS semacam digambarkan gagal mendidik rakyat mengenai hudud dan perlaksanaan hudud nanti dibimbangi akan menjadi tidak adil kerana memilih bulu.Itu yang Umnopenyangak faham dari apa yang cuba disampaikan oleh Kuasa ketiga ini.Selain itu, kuasa ketiga juga cuba memberitahu rakyat bahawa DAP bukanlah parti yang boleh dibuat kawan malah merupakan penghalang utama kepada cita cita melaksanakan carahidup Islam.Tetapi apa yang tidak diperjelaskan ialah tren dan fenomena terbaru yang memperlihatkan pergerakan semakin ramai anak anak melayu termasuk juga bekas ahli ahli UMNO menyertai DAP.

Kuasa ketiga semacam memejamkan mata mereka mengenai tren yang berlaku ini dan satu hal yang paling menarik, kuasa ketiga yang sepatutnya berkecuali tidak langsung menyentuh keburukan yang diamalkan oleh kuasa pertama, BN dan UMNO.Mereka tidak menyentuh mengenai penolakan hudud oleh MCA dan Gerakan walaupun berapi api membawa bukti penentangan DAP kepada ISLAM terutama di Selangor

.Mereka tidak menyentuh mengenai keperitan yang ditanggung rakyat kerana sikap kuasa pertama membohongi rakyat mengenai harga minyak dunia yang tinggi menyebabkan harga dalam negara turut melambun tinggi kepada paras yang tidak pernah dirasai rakyat sebelum ini.

Umnopenyangak tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai usaha kuasa ketiga dalam halatuju politik mereka, cuma umnopenyangak ingin menarik perhatian semua pembaca tentang tawaran sebenar kuasa ketiga kepada rakyat.Apakah tawaran yang boleh diambil dari mereka.Umnopenyangak tidak pernah mendengar tawaran yang boleh dipertimbangkan dari mereka seperti tawaran kuasa pertama dan kedua yang boleh dinilai mana baik dan mana buruknya.

Malah sehingga kini umnopenyangak masih menunggu bukti sohih mengenai ujudnya parasit dalam PAS dari mereka dan kalangan yang menyokong mereka dari dalam PAS sendiri.Masih buntu memikirkan kehadiran parasit ini.Setelah 3 ceramah roadshow tidak ada sesiapapun yang terdedah sebagai parasit.Hal ini menimbulkan tandatanya sampai berapa ceramahkah baru parasit itu akan didedahkan?

Begitu juga mengenai penjelasan mengenai tindakan DAP menentang undang undang syariah Selangor, ianya hanyalah pidato DHA sahaja yang belum tentu benarnya.Amat malang bagi sesiapa yang percaya bulat bulat tanpa menyelidik apakah ianya benar atau sebaliknya.

Namun yang paling penting dalam halatuju politik rakyat ialah meneliti tawaran pihak pihak yang bersaing.Penelitian kepada tawaran ini amat penting kepada masa depan negara dan rakyat kerana mana mana pihak yang bakal mendapat mandat kuasa pemerintahan akan mempunyai ases yang tidak terbatas kepada sumber sumber utama fizikal dan mental yang boleh dimanafaatkan untuk kemajuan negara dan kesejahteraan rakyak.Rakyat perlu membuat pilihan yang betul demi negara tercinta.Dalam konteks ini, apakah tawaran kuasa ketiga?

Tiada ulasan: