Isnin, 27 Februari 2012

KITA Nafi Lantik Zamil Presiden

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) hari ini, menafikan bahawa Zamil Ibrahim telah dilantik sebagai ketua parti yang baru menggantikan presiden Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam kenyataan kemdianya, Setiausaha KITA Masrum Dayat berkata laporan akhbar yang memetik Zamil Ibrahim sebagai ketua parti baru menggantikan Datuk Zaid Ibrahim adalah satu berita lucu, kenyataan yang bebal dan tidak siuman, silap dan sama sekali tidak berasas.
"Ketua parti ini hanya boleh diganti mengikut perlembagaan dan peraturan parti dan bukan ikut sesuka hati sesorang bekas ahli yang dipecat secara sah atau ikut “syok sendiri”,
Beliau menegaskan mesyuarat yang dikatakan diadakan di Kota Baharu pada 25 Feb baru-baru ini bukan mesyuarat parti ini. Barangkali ia mesyuarat bekas ahli-ahli parti..
Beliau berkata Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti pada 17 Feb lalu, dihadiri 25 daripada 30 ahli anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat, telah bersetuju sebulat suara menolak tawaran Zaid untuk mengundur diri.
Selain itu, beliau berkata parti itu tidak akan dibubar tetapi ahli yang menentang dasar parti untuk menyokong pembangkang akan diambil tindakan disiplin, termasuk memecat keahlian mereka.
"Parti ini akan menjawab surat dan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Pendaftar Pertubuhan berhubung aduan-aduan yang ditimbulkan oleh mereka," katanya.
Parti Kita, yang ditubuhkan setahun lalu telah diberikan surat tunjuk sebab oleh Pendaftar Pertubuhan bertarikh 9 Feb bagi menjelaskan kenapa parti itu tidak boleh dibatalkan pendaftaran selepas didapati melanggar beberapa peruntukan parti dan pertubuhan.
Terdahulu, Pengerusi Perhubungan Parti Kita Kelantan Abdullah Sani Musa mendakwa, ahli Parti KITA sebulat suara menolak kepimpinan Datuk Zaid Ibrahim selaku ketua parti itu berkuatkuasa hari ini dan mengumumkan pelantikan Pengerusi Kita Negeri Kedah, Zamil Ibrahim sebagai presiden yang baru.

Menurutnya, perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu yang diadakan di sini, semalam.

"Kami juga menolak serta tidak mengiktiraf pemecatan dua pemimpin parti KITA iaitu Pengerusi Parti Kita Kedah, Zamil Ibrahim dan Pengerusi KITA Pulau Pinang Tan Tee Beng yang juga Anggota Parlimen Nibong Tebal kerana jawatankuasa terbabit menipu dan melanggar perlembagaan parti.

Kami sebulat suara memilih Zamil Ibrahim untuk mengambil alih jawatan ketua parti yang kini dinamakan sebagai Presiden dan beliau akan dibantu Pengerusi Kita Sabah Datuk Pangeran Othman Rauf dan bekas presiden AKIM, Zakaria Salleh," katanya pada satu sidang media selepas mesyuarat itu.

Tiada ulasan: