Isnin, 27 Februari 2012

Khalwat: Anwar Pertahan Badrul Amin

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

Post Pic


KUANTAN,: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Dr Badrul Amin Bahrom, dengan menegaskan penceramah agama terkenal itu seorang di bilik sebuah hotel di Kuantan dan bukannya berkhalwat dengan isteri orang lain.

"Saya tahu masa dia diserang dia hanya seorang berada di bilik,,,Dr Badrul Amin dah jawab mengenai perkara ini..guna statement dia, jangan guna fitnah, " kata ketua Pembangkang itu yang juga Ketua Umum PKR kepada Antarapos.

Semalam Badrul Amin menafikan beliau ditangkap khalwat di sebuah hotel awal pagi semalam tetapi menjadi mangsa serangan sekumpulan lelaki.

Beliau menyifatkan penahanannya oleh Jabatan Agama Islam Pahang sebagai rancangan untuk 'memerangkap dan memalukan' beliau.

Badrul Amin, yang juga Pengarah Penerangan di Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan bahawa beliau cuba membantu seorang kenalan wanita yang bemasalah dengan suaminya tetapi ditahan oleh pasukan JAIP selepas diserang oleh sekumpulan lelaki termasuk suami wanita berkenaan.

Badrul Amin menjelaskan, wanita terbabit bersama anaknya muncul di bilik hotelnya secara mengejut pada jam 2 pagi.

"Saya mengenali kedua-dua wanita dan suaminya sejak lebih setahun lalu ketika dia dan keluarganya mengiringi delegasi umrah saya.

Beliau berkata sebaik sahaja melihat keadaan wanita terbabit dan anaknya, beliau mengambil keputusan untuk mendaftarkan mereka di bilik lain di hotel berkenaan.

Walaubagaimanapun suami wanita terbabit dan diiringi lebih 20 individu yang tidak dikenali 'mengepung dan menyerangnya" manakala suami wanita terbabit secara paksa telah mengheret isteri dan anaknya keluar.

Pegawai-pegawai Jaip yang tiba 20 minit kemudian bertindak menahan beliau, kata Badrolamin.
Beliau diarah hadir esok di pejabat JAIP untuk siasatan lanjut kes itu.

Tiada ulasan: