Rabu, 15 Februari 2012

Isu NGO perlu serah 30% bantuan dianggap rasuah

MALAYSIA KINI

Isu pemulangan semula 30 peratus daripada jumlah bantuan yang diterima badan bukan kerajaan (NGO) di Kedah kepada kerajaan negeri dianggap rasuah sekiranya ia benar-benar berlaku.

muhyiddin yasin muhyiddin yassinTimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan itu jelas bercanggah dengan undang-undang dan tidak boleh dipandang mudah.

"Kalau ikut tafsiran saya itu adalah rasuah... saya fikir kalau ada laporan polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), perlu buat siasatan mendalam.

"Terbukti jelas bahawa walaupun mereka (kerajaan negeri) menentang rasuah tetapi mereka mengamalkan rasuah," katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Rakyat di Perkampungan Keda Batu 13 di Pokok Sena hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew yang mendakwa lapan NGO di negeri ini memaklumkan kepada pihaknya mengenai pemulangan balik atau rebet antara 25 dan 30 peratus daripada jumlah bantuan yang disalurkan.

Chong berkata anggota Exco kerajaan negeri Tan Chow Kang juga mengaku setiap NGO yang bersetuju menerima sumbangan daripada peruntukan kerajaan, Exco atau wakil rakyat hendaklah memulangkan balik 30 peratus kepada pihak-pihak tertentu.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Muhyiddin berkata sekiranya dakwaan berkenaan adalah benar ia juga membuktikan bahawa PAS adalah parti rasuah.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika mengulas mengenai dakwaan itu semalam berjanji untuk menyiasat mengenai perkara itu.

Azizan yang terkejut dengan dakwaan itu berkata ini adalah kali pertama beliau mendengar tentang isu berkenaan dan memberitahu bahawa semua dana yang diperuntukkan kepada NGO dikendalikan oleh unit kewangan negeri, dan bukan melalui wakil-wakil Pakatan Rakyat.- Bernama

Tiada ulasan: