Isnin, 13 Februari 2012

Hadi: PAS ada pemimpin pelapis ganti Nik Aziz

PAS hari ini menolak tanggapan umum yang mendakwa ketiadaan pemimpin pelapis menyebabkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat terus memegang jawatan menteri besar Kelantan.

NONESebaliknya, presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) berkata PAS melihat ramai pembantu dan wakil rakyat yang menolong Nik Aziz sehingga beliau berjaya memerintah negeri itu selama tempoh 20 tahun.

"(Mereka) ini yang menolong (beliau) sehingga bertahan sehingga 20 tahun. Takkan dalam masa 20 tahun ini, tak ada pelapis langsung," katanya.

Kata Abdul Hadi, Nik Aziz memegang jawatan itu kerana hasrat PAS Kelantan dan rakyat negeri itu yang mahu beliau terus memimpin, sekalipun beliau berhasrat mahu melepas jawatan dan tidak bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Tok Guru Nik Aziz tak minta jawatan. Yang minta (memimpin) adalah rakyat negeri Kelantan.

"Dan beliau pun, dah minta nak letak jawatan menteri besar, (dan) minta tak bertanding beberapa kali. Tetapi hasrat rakyat negeri Kelantan, minta beliau dia memimpin," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS pusat.

NONEAbdul Hadi berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung tanggapan ketiadaan pemimpin pelapis hingga menyebabkan Nik Aziz terus memegang jawatan menteri besar dan mengulas kesediaannya bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya siapa yang berpotensi untuk menggantikan Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan bagi jawatan menteri besar, Abdul Hadi berkata terpulang kepada PAS negeri itu, menentukannya.

Tak boleh bubuh markah

Ditanya pandangan parti berhubung hal yang sama, ahli parlimen Marang itu sambil berseloroh berkata: "Saya tidak boleh bubuh markah. Saya bukan pemeriksa".

Kata-kata beliau itu mengundang gelak ketawa para wartawan termasuk Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali yang turut hadir pada sidang media berkenaan.

pas launch welfare state document 111211 hadi awangSebelum ini dilaporkan Nik Aziz mendedahkan rahsia bahawa PAS Kelantan bahawa beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak.

Pada sidang media ini, Abdul Hadi (kanan) juga berkata beliau menyerahkan kepada parti untuk menimbangkan tawarannya untuk berundur pada pilihan raya kali ini. Menurutnya, tindakan itu bagi memberinya tumpuan sepenuh kepada kerja-kerja dalam parti setelah lama berkhidmat sebagai wakil rakyat di peringkat parlimen dan DUN.

Mustafa yang duduk di sebelah kirinya kemudian lantas mencelah dan berkata: "Saya nak beritahu, keputusan parti tidak mengizinkan (beliau berundur)".

"(Beliau diletakkan) di mana-mana sahaja mengikut keperluan," kata Mohamad yang berada di sebelah kanan Abdul Hadi.

Ada permohonan

Kata-kata itu juga sekali lagi mengundang gelak ketawa wartawan termasuk Abdul Hadi yang mendengar jawapan ringkas itu.

NONESebelum ini, Abdul Hadi dilapor menawarkan hasratnya untuk berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Hal demikian mengundang pelbagai reaksi termasuk Nik Aziz yang tidak bersetuju Abdul Hadi berundur. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga menggesanya tidak berundur sambil menggambarkan pemimpin kanan PAS itu sebagai aset.

Mengulas spekulasi yang menyatakan naib presiden PAS Salahudin Ayub (kiri) akan bertanding di Johor, Abdul Hadi mengesahkan permohonan PAS Johor yang mahu pemimpin itu pulang bertanding di negeri.

"Dan kita buat pertimbangan atas permohonan PAS negeri Johor, dan ia belum lagi muktamad. Bila pilihan raya ada, baru kita akan muktamad," katanya.

Tiada ulasan: