Rabu, 1 Februari 2012

Dakwaan Shamsulbahrin tipu NFC: Perbicaraan 4 April

MALAYSIA KINI

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpuri, hari ini menetapkan dua hari bermula 4 April, untuk perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail, yang dituduh menipu pengarah Perbadaan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta.

azlanHakim Rozilah Salleh menetapkan tarikh itu apabila kes tersebut disebut di hadapan beliau.

Ketua Unit pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa, memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan akan memanggil 15 saksi.

Shamsulbahrin, 46, dituduh menipu Mohamad Salleh dengan sengaja menjanjikan khidmat perundingan dengan niat tidak ikhlas untuk memujuk mangsa (Mohamad Salleh) bagi bersetuju membayar khidmat berkenaan.

Tertuduh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Resources Sdn Bhd dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di Kuala Lumpur pada jam 6 petang, 20 November tahun lalu.

Dia juga dituduh menipu Mohamad Salleh dengan memperdayakan beliau bagi menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Solaris, Mont Kiara diKuala Lumpur antara 25 November dan 6 Disember tahun lalu.

Kedua-dua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan dirotan serta boleh juga kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Shamsulbahrin diwakili Zarina Ismail.- Bernama

Tiada ulasan: