Khamis, 16 Februari 2012

Apa warna ang pow akan PERKASA edarkan esok?


MALAYSIA KINI
Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Irahim Ali, yang baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerna mengedarkan 'angpow putih' sekali lagi akan mengedarkan wang sempena acara Tahun Baru Cina, esok di kawasan parlimenya di Pasir Mas, Kelantan.

perkasa open house 290112 ibrahim aliMenurut beberapa akhbar-akhbar Cina, ahli parlimen Bebas itu akan menghadiri majlis malam Tahun Baru di sebuah kuil Cina, esok. Beliau dijadual mengedarkan 350 angpow setiap satu berisi RM100 kepada warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal.

Menurut jurucakap pusat operasi Ibrahim di Pasir Mas dipetik akhbar Sin Chew sebagai berkata, pemimpin itu lazimnya pulang ke kawasan pilihan rayanya setiap Khamis dan berjumpa dengan penduduk serta masyarakat setempat pada hari Jumaat.

Akhbar itu juga melaporkan kemungkinan sesetengah penduduk Cina tempatan akan memulaukan acara itu kerana insiden 'ang pow putih'.

Sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman, kata mereka Ibrahim tidak sepatutnya membiarkan kejadian seumpama itu berlaku.

PERKASA diselar pelbagai pihak termasuk daripada parti komponen BN apabila presidennya mengagihkan ang pow putih pada majlis ruma terbuka Tahun Baru Cina anjurannya pada 29 Januari, satu amalan yang hanya dikhaskan ketika pengkebumian dalam budaya masyarakat Cina.

Tiada ulasan: