Selasa, 17 Januari 2012

Zakat - Pemuda PAS desak Siasat Jamil Khir Segera.

Syukri Hamzah

alt

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mendesak polis menyisat dan mengambil tindakan ke atas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali.

Menurut ketuanya, Kamaruzaman Mohamad, laporan polis tersebut dibuat berhubung dengan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) oleh Jamil dan Che Mat.

Tambah beliau, laporan tersebut dibuat berdasarkan bukti yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang boleh dianggap sebagai satu bukti besar.

“Pendedahan tersebut adalah set dokumen berupa baucer bayaran oleh MAIWP sebanyak RM32,150 bertarikh 29 April 2010 serta surat daripada Ketua Audit Negara kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman Menteri dan Pengarah JAWI menggunakan dana zakat MAIWP,” kata Kamaruzaman.

“Jesteru, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan membuat laporan ini untuk mendesak pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap MAIWP, Jamil Khir serta Che Mat,” tambah beliau.

Sebagai susulan, beliau berkata mereka akan menghantar satu memorandum kepada Che Mat pada hari Khamis ini.

Tiada ulasan: