Sabtu, 21 Januari 2012

Umno K’tan calonkan semua ketua bahagian tanding PRU’

Kelantan sasarkan menang sekurang-kurangnya 23 kerusi DUN.



PETALING JAYA: Hampir semua ketua bahagian Umno Kelantan dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kata sumber.

Sumber berkata, keputusan itu dibuat memandangkan pengalaman dan khidmat mereka kepada penduduk setempat.

“Mereka yang bukan ketua bahagian tetapi menang dalam pilihan raya 2008 juga dicalonkan.

“Kita mahu mereka yang sudah menjadi YB dikekalkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pilihan raya umum 200, Umno Kelantan hanya menang enam kerusi dari 45 yang dipertandingkan.

Menurut sumber itu, kekalahan besar Umno di Kelantan bukan kerana calon tetapi kepimpinan Umno di peringkat nasional.

`Orang muda’

PAS sudah menguasai kerajaan negeri Kelantan lebih 20 tahun sejak menang pilihan raya umum 1990.

Pemuda Umno Kelantan pula mahu lebih ramai calon muda diletakkan dalam pilihan raya kali ini.

“Permintaan ini berasaskan kepada begitu ramai orang muda menjadi pengundi dalam pilihan raya umum ke 13.

“Saya berpendapat golongan muda ini akan menjadi penentu kemenangan mana-mana calon atau parti,” kata seorang pemimpin Pemuda Kelantan.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini menuasalkan sekurang-kurangnya menang 23 kerusi DUN dalam pilihan raya umum akan datang untuk membentuk kerajaan negeri.

Katanya, jumlah itu realistik memandangkan perubahan sikap turut berlaku di kalangan rakyat di kawasan kubu kuat PAS seperti Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kuala Krai.

Tiada ulasan: