Jumaat, 13 Januari 2012

Tolak BN atau Malaysia muflis – Guan Eng

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Malaysia akan muflis menjelang 2019 sekaligus menunjukkan rakyat perlu menukar kerajaan supaya Pakatan Rakyat dapat menyelamatkan negara.


Ini berikutan pengesahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang mendedahkan nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun sehingga 2012.

Menurut Felo MIER, Mohd Ariff Abdul Kareem, sekiranya Kerajaan Persekutuan terus meminjam seperti sekarang, nisbah hutang kepada KNDK negara akan mencapai 100% ataupun menyamai KDNK menjelang tahun 2019.

“Pengesahan dari MIER bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 dengan nisbah hutang kepada KDNK 100%, menunjukkan keperluan untuk menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum akan datang supaya PR boleh menyelamatkan negara daripada kemuflisan,” kata Guan Eng dalam kenyataan media.

Menurut Guan Eng, beliau bimbang ekoran kadar hutang pada masa ini sahaja sudah hampir mencecah siling hutang negara iaitu 55 peratus.

“Secara mutlak, hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak 71% dalam tempoh 4 tahun kepada RM456 bilion pada akhir 2011 daripada RM266 bilion pada akhir 2007,”

Tambahnya, jika kadar peningkatan yang sama diteruskan, hutang negara akan meningkat kepada RM780 bilion pada tahun 2016 dan RM1,300 bilion pada tahun 2020. Kadar pinjaman negara adalah jauh lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan ekonomi.

“Ini amat berbahaya, dan lebih teruk lagi jika ditambah dengan data Laporan Tahunan Bank Negara 2010 yang mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada KDNK.

Ini turut akan ‘memartabatkan’ Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas Korea Selatan.

“Tambahan pula, nisbah bayaran hutang isi rumah Malaysia berada di tahap 47.8 peratus pada tahun 2010, atau dikatakan setengah daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk pembayaran hutang,” katanya.

Tiada ulasan: