Selasa, 17 Januari 2012

Surau Al Jabbar bakal Diroboh - Pemuda PAS pelik tiada Suara PERKASA.

Radhi Razak

alt

KENYATAAN MEDIA ISU IKS DAN SURAU AL JABBAR OLEH DEWAN PEMUDA PAS PUSAT KAWASAN SETIAWANGSA.



Benarlah selama ini slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ hanyalah retorik UMNO/BN semata-mata. Mereka akan berbuat apa sahaja demi kepentingan kroni dan untuk mengaut keuntungan peribadi semata-mata.

Rakyat hanyalah ‘perkakas’ mereka ketika pilihanraya untuk memastikan mereka terus berkuasa dan melaksanakan ‘kerja jahat’ mereka.

Ini terbukti dalam isu ini apabila mereka yang berniaga di kawasan Industri Kecil & Sederhana (IKS), Jalan Air Keroh Setapak Kuala Lumpur yang boleh dikatakan hampir 98 % terdiri daripada orang melayu akan dihalau keluar daripada kawasan yang mereka duduki sejak dari tahun 1995.

Mereka dihalau tanpa dibayar sebarang pampasan dengan alasan tanah di kawasan itu telah dijual dan akan dimajukan benar-benar mengejutkan semua pihak disitu.

Ini kerana para peniaga telah berusaha mendapatkan geran di kawasan berkenaan sejak dari mula mereka mendudukinya namun pihak berkuasa mengatakan mustahil geran boleh dikeluarkan memandangkan ianya dikatakan kawasan lombong atau paya yang mana tidak sesuai untuk diduduki.

Atas ‘janji-janji manis’ pihak-pihak tertentu, mereka dibenarkan menjalankan urusniaga disitu dan tidak akan di’kacau’ menyebabkan mereka tidak lagi memohon geran hak milik atas jaminan ‘mulut’ tersebut namun tiba-tiba tanah di kawasan tersebut dijual tanpa ada sebarang perbincangan dengan pemilik bengkel IKS tersebut.

Persoalannya ialah mengapa tanah tersebut dijual sedangkan sebelum ini dikatakan tanah lombong yang mana tak mungkin akan dikeluarkan geran? Mengapa tiada perbincangan dibuat dengan pengusaha-pengusaha bengkel tersebut?

Mengapa selepas perhimpunan aman tempohari barulah Menteri Wilayah, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memberikan respon sedangkan sebelum ini hanya ‘mematikan’ diri.

Dewan Pemuda PAS Kaw. Setiawangsa (DPPkS) kesal dengan tindakan mereka yang terus-menerus menekan orang melayu akan tetapi dalam masa yang sama ‘berkokok’ melaungkan slogan ‘Hidup Melayu’ namun hakikatnya merekalah yang ‘menjahanamkan’ orang melayu.

Yang menyedihkan lagi, yang dihalau keluar itu rata-ratanya adalah penyokong tegar parti ‘perkauman’ melayu namun ini tidak diendahkan. Atas nama pembangunan, mereka dihalau seolah-olah mereka bukan warganegara Malaysia.

Dimana suara PERKASA yang kononnya memperjuangkan bangsa melayu? Dimana pemimpin UMNO yang ‘galak’ mempertahankan maruah melayu? Bukankah mereka yang dihalau ini juga melayu?

Tidak ada belas kasihankah kepada pengusaha bengkel yang ‘kais pagi makan pagi’ sedangkan mereka yang kononnya perjuangkan nasib melayu hidup kaya raya. Rakyat perlu lakukan sesuatu pada pilihanraya yang akan datang ini sebelum lebih banyak lagi hak orang melayu tergadai. BERSIHKAN MALAYSIA!!

Tiada ulasan: