Rabu, 4 Januari 2012

Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!

Staff Berita Semasa

Yang pastinya beliau ini sama sekolah dengan seorang lagi Pelajar Cemerlang SPM 2008, Nik Nurmadiha. Beliau adalah Siti Fatmah Mukhtar, 22 tahun berasal daripada Kelantan di mana pada masa diumumkan keputusan SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar memperolehi 18 A, termasuk 17 1A. Sekarang ini beliau sedang mengikuti jurusan perubatan di University of Nottingham, United Kingdom.

Bersama-sama ini kami kongsikan berita daripada rakyat Malaysia yang berada di sana ketika ini terutama melibatkan perkembangan Siti Fatimah Mukhtar…

Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.

Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif.

Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.

Siti Fatimah Mukhtar Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!

Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.

Siti Fatimah Mukhtar 2 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!

Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat

Siti Fatimah Mukhtar 3 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!

Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.

Siti Fatimah Mukhtar 4 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!

Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.

Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.
Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu’ al-Quran

Terima kasih Dengan Perkongsian Berita Ini (Sumber) : http://mengajipastiboleh.blogspot.com

Tiada ulasan: