Jumaat, 13 Januari 2012

Saman Tengku Fakhry : Polis Di Arah Bela Diri

ANTARA POS.COM

Post Pic



KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan polis untuk menfailkan pembelaannya terhadap saman RM150 juta ringgit oleh Tengku Muhammad Fakhry Petra, adinda kepada Sultan Kelantan.

Dalam saman itu , ahli keluarga diraja Kelantan itu mendakwa penahanan beliau oleh sekumpulan anggota polis pada Ogos 2009 dibuat secara salah dan mengaibkan.

Beliau menfailkan saman itu terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan tiga lagi berhubung penahanannya yang didakwanya dibuat secara salah pada Ogos 2009.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Nor Hartini Abd Hamid mengarahkan Polis Diraja Malaysia untuk menfailkan kennyataan pembelaan terhadap saman itu sebelum 31 Januari.

Pengurusan kes di depan Hakim Sabariah Mohd Yusuf ditetapkan pada 14 Febuari.

Dalam writ saman itu yang difail menerusi Tetuan A S Dhaliwal di Mahkamah Tinggi awal minggu ini, beliau menamakan Ismail, Ketua Pengawal Peribadi Sultan Kelantan ASP Norazman Ismail, Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat.

Tengku Muhammad Fakhry berkata tindakannya itu bukan kerana wang tetapi untuk mendapatkan keadilan.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beliau ditahan secara salah pada 30 Ogos, 2009 di perkarangan Istana Mahkota Kubang Kerian ketika sedang memandu kereta jenis Bentley Brooklands.

Beliau mendakwa membawa kenderaan itu atas arahan Sultan Ismail Petra untuk dihantar ke Singapura tetapi anggota polis telah menghalang beliau memandu kenderaan tersebut dan menutup pintu pagar istana tanpa memberi sebarang alasan.

Tengku Muhammad Fakhry mendakwa anggota polis menahan beliau selama sejam.

Tiada ulasan: