Jumaat, 6 Januari 2012

Saksi: Polis 'kepung' peserta himpunan BERSIH

Peserta himpunan BERSIH 2.0 dikepung di kedua-dua jalan keluar sepanjang Jalan Pudu oleh pihak polis, kata seorang saksi hari ini.

suhakam public inquiry 050112 dr ng kwee boonDr Ng Kwee Boon, yang mempunyai klinik di Hospital Tung Shin, yang terletak di jalan utama itu dalam keterangannya mendakwa polis bertindak kasar terhadap orang ramai meskipun mereka berhimpun secara aman.

“Polis mengejar orang ramai dan ada antara mereka berlari ke dalam hospital,” kata doktot itu semasa inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.

Doktor sakit puan yang berusia 52 tahun itu menyaksikan kejadian itu semasa beliau kembali ke hospital berkenaan selepas makan tengahari pada 9 Julai lalu.

Dr Ng menifatkan perhimpunan itu sebagai aman dan teratur sehingga anggota polis mensasarkan senjata anti-rusuhan ke arah orang ramai.

Tiada ulasan: