Selasa, 24 Januari 2012

SABAH SERIUS BANTERAS PATI

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, usaha-usaha membanteras dan membasmi masalah Pendatang Tanpa Izin (PATI) di negeri ini terus dipertingkatkan.

Katanya, ia akan terus dipertingkatkan melalui operasi-operasi membanteras PATI yang dijalankan.

“Dalam pelaksanaan program 5P di Sabah, ia telah memasuki tahap penguatkuasan dan agensi-agensi penguatkuasaan akan meningkatkan usaha untuk membasmi masalah PATI secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri Sabah di Wisma Innoprise di sini, kelmarin.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga telah memberikan peruntukan awal sebanyak RM1 juta bagi Program 5P.

Menurutnya, Sabah memerlukan peruntukan RM9 juta bagi pelaksanaan program 5P yang kini memasuki fasa penguatkuasaan dan pengusiran.

Mengenai tahap keselamatan semasa di negeri ini, Musa berkata, ia berada dalam keadaan memuaskan dengan tidak tiada kejadian-kejadian serius yang boleh membawa ancaman kepada keselamatan rakyat.

“Hasil usaha serta tindakan-tindakan yang berterusan daripada semua agensi keselamatan, didapati kejadian-kejadian jenayah telah berkuarangan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau juga meminta semua pihak di negeri ini untuk terus mempertahankan keadaan keselamatan negeri dan sentiasa bersedia untuk menghulurkan kerjasama bagi memastikan Sabah sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera secara keseluruhannya.

“Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya dan berterusan untuk mengawasi perairan-perairan negeri ini daripada pencerobohan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggugjawab agar kedaulatan negara akan terus kekal terpelihara,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, Indeks Jenayah di negeri menurun sebanyak 13.84 peratus bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2011 berbading dengan tahun 2010.

Katanya, jenayah menurun 1,063 kes daripada 7,680 kes kepada 6,617 daripada tahun 2010 hingga 2011,’katanya.

Daripada jumlah itu itu, pihaknya telah berjaya menurunkan kes jenayah kekerasan 14.33 peratus dan jenayah harta benda sebanyak 13,75 peratus.

Manakala dari segi penyelesaian pula, pihaknya telah menurunkan sebanyak 46.77 peratus berbanding dengan 41.58 peratus pada tahun 2010.

Antara yang hadir adalah, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sukarti Wakiman, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah Dato’ Khazali Haji Ahmad, Setiausaha Kesalamatan Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah, Mohd Rodzi Bin Mohd Saad dan Ketua Polis Negeri Sabah, Datuk Hamza Taib.

Sumber: New Sabah Times

Tiada ulasan: