Rabu, 11 Januari 2012

Proses mahkamah untuk cabar penggantungan Adam Adli?

Keputusan untuk mencabar penggantungan bergantung kepada Adam Adli.



PETALING JAYA: Penggantungan sesi akademik pemimpin pelajar Adam Adli Abdul Halim oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan dicabar di mahkamah.

“Kita bercadang untuk mencabar penggantungan tersebut di mahkamah tetapi tindakan tersebut hanya akan diputuskan oleh Adam Adli setelah saya berbincang dengan beliau,” kata peguam Adam, Fadiah Nadwa Fikri ketika dihubungi.

Pengajian Adam telah digantung selama tiga semester oleh jawatankuasa tatatertib UPSI yang dipengerusikan Profesor Datuk Dr Zainal Kling semalam.

`Gangggu ketenteraman awam’

Hukuman tersebut dijatuhkan atas alasan Adam “menjejaskan reputasi dan imej baik universiti” dan “mengganggu ketenteraman awam.”

Adam 22, merupakan pelajar sarjana muda tahun ketiga UPSI yang menurunkan bendera potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra ketika menyertai perhimpunan protes mahasiswa bulan lepas.

Perhimpunan mahasiswa tersebut menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Tiada ulasan: