Isnin, 23 Januari 2012

PM cadang wujudkan ‘blueprint’ untuk majukan sistem pendidikan Tamil Negara




PUCHONG— Perdana Menteri hari ini mencadangkan kepada golongan pendidik yang terlibat dalam sistem pendidikan sekolah Tamil agar merangka satu “blueprint” bagi meningkatkan mutu sekolah berkenaan

Datuk Seri Najib Razak berkata demikian dalam ucapannya ketika menghadiri Majlis Mesra Perdana Menteri bersama warga sekolah Tamil Malaysia di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Kinrara di sini.

“Saya cadangkan agar pendidik sekolah Tamil agar dapat membuat satu seminar, dan menghasilkan satu “blueprint” yang akan digunakan untuk membangunkan sekolah Tamil di negara ini,” katanya.

Menurut perdana menteri (gambar), tindakan itu dirasakan perlu agar sekolah jenis kebangsaan Tamil akan terus berdaya saing, maju dan cemerlang.

Dalam majlis tersebut, beliau turut mengumumkan mengumumkan permohonan masyarakat India untuk membina enam sekolah Tamil baru diluluskan.

Antara kawasan baru itu ialah di Taman Keladi di Sungai Petani, Heawood Estate di Sungai Siput, Taman Sentosa di Klang, Taman PJS1 di Petaling Jaya, Bandar Mahkota di Cheras dan Bandar Seri Alam di Masai, Johor.

Sempena majlis tersebut, Najib turut mengumumkan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3.5 juta untuk pembinaan bangunan empat tingkat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Kinrara, Puchong.

Tiada ulasan: