Khamis, 19 Januari 2012

PERKASA mahu jumpa Guan Eng bincang isu Melayu

MALAYSIA KINI

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Pulau Pinang ingin mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi membincangkan beberapa isu melibatkan orang Melayu di negeri ini.

Ketua Wira PERKASA negeri, Mohd Rizuad Azudin berkata surat berhubung perjumpaan itu akan dihantar esok dan Lim diharap memberikan keputusan untuk mengadakan pertemuan dalam masa dua minggu.

pakatan pokok sena ceramah 140112 lim guan engKatanya, PERKASA mahu bersemuka secara rasmi bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan masalah orang Melayu di negeri ini.

"Kami ingin berjumpa dengan Lim Guan Eng setelah beberapa kali kami melakukan demonstrasi dan kami minta maklumat sampai sekarang tiada apa-apa jawapan daripada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Rizuad berkata antara perkara yang akan dibincangkan adalah mengenai isu perumahan mampu milik rakyat yang dijanjikan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum lepas dan isu kedai orang Melayu yang dirobohkan tidak mendapat apa-apa pampasan daripada kerajaan negeri.

Beliau meminta kerajaan negeri memandang serius mengenai isu itu dan berharap ia dapat diselesaikan segera. Bernama

Tiada ulasan: