Jumaat, 27 Januari 2012

Penyelewengan utama melibatkan NFCorp- Saifuddin

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, siasatan audit yang dijalankan Jabatan Audit Negara hanya tertumpu kepada pusat Fidlot Nasional dan bukan syarikat dikuasai penuh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Menurut Saifuddin, penyelewengan utama dilakukan National Feedlot Corporation (NFCorp), National Livestock and Meat Corporation (NLMC) dan RealFood Company, yang disifatkan beliau sebagai ‘lubuk penyelewengan’.


“Hakikat bahawa ketua audit menjalankan audit ke atas NFC dan bukan NFCorp tidak mengubah fakta bahawa ada penyelewengan dana awam RM250 juta,

“Saya refresh fakta kes kerana ada percubaan untuk putarbelitkan isu dengan mengheret ketua audit negara. Kita percaya integriti jabatan ketua audit,” katanya dalam laman twitternya semalam.

Ahli parlimen Machang itu berkata, rekod suruhanjaya pendaftar syarikat menunjukkan hutang ditanggung NFCorp sehingga akhir tahun 2009 berjumlah RM256,082,518.

“Ini bermakna pinjaman kerajaan (berjumlah RM250 juta) disalur kepada NFCorp,” katanya lagi.

Beliau mendakwa, NFCorp kemudiannya telah menyalurkan wang berjumlah RM81,222,448.93 kepada NLMC.

Sebahagian daripada wang itu katanya digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah One Menerung di Bangsar.

Menurut Saifuddin, NFC yang dikendalikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak mereka, juga telah menyalurkan wang kepada Real Food Company yang juga dimiliki keluarga itu.

Tambahnya, NFCorp masih perlu menjelaskan banyak perkara seperti pembelian kondominium di Singapura, lot tanah di Putrajaya serta perbelanjaan sebanyak RM823,000 untuk lawatan ke luar negara.

Tiada ulasan: