Rabu, 11 Januari 2012

Pembebasan Anwar adalah kegagalan konspirasi politik

DETIK DAILY


Sebagaimana propaganda UMNO sejak zaman Perang Dingin, para pemimpin mereka terikat dehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_gURYfQ3Ui87QHPRBI2BznwZNac5pnnnI3T4f2ysqnn6VUFpdYXUzPJrz1361Y3OpERUz3icIogBjm-5p7ynPoQXupCpzxQ2OYtmY2p3CydO6qIm6HIAsHplcxFQUE-xHj1HqwW0k4X8i/s400/374908_260870097306219_100001496924440_722425_1246901447_n.jpgngan skrip lama yang semakin tidak relevan dengan generasi muda, malah sudah bosan didengar oleh generasi dewasa kini.

Sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah atas tuduhan liwat oleh mahkamah semalam, cepat-cepat para menteri mengulangi kenyataan yang biasa mereka buat sejak bertahun-tahun dahulu.

Ada yang mengatakan keputusan mahkamah itu membuktikan badan kehakiman negara bebas, kerajaan ada yang mengaku bahawa UMNO-BN tida campur tangan dan ada bermacam-macam kenyataan lagi.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa keputusan mahkamah telah menjadi bukti bahawa tiada konspirasi politik terhadap Anwar.

Semua mahu mencuci tangan. Mungkin mereka juga tergamam seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain kerana tidak menyangka ada hakim yang berani untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanahnya bagi menegakkan keadilan.

Badan kehakiman bebas?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan melihat perkembangan seterusnya dalam sistem perundangan negara, sama ada ia benar-benar bebas atau tidak.

Katanya, keputusan mahkamah semalam tidak semestinya mencerminkan kebebasan menyeluruh sistem.

“Kita mahu bukan sahaja keadilan untuk Anwar, kita mahu keadilan untuk semua rakyat Malaysia,” ujarnya.

Walau pun banyak pihak menyambut baik keputusan mahkamah, ramai yang sedar bahawa kes DSAI tidak patut wujud sama sekali berdasarkan fakta-fakta kes yang amat lemah dan dipertikaikan.

Presiden Majlis Peguam Chee Wee menyatakan bahawa tuduhan liwat terhadap tidak wajar dibawa ke mahkamah dan ia telah membazirkan masa kehakiman dan dana awam.

Badan kehakiman negara di bawah kerajaan UMNO-BN perlu direformasikan untuk menjamin keadilan untuk semua, sama ada yang dituduh dan menuduh, sama ada yang terlibat dalam pemimpin besar atau rakyat marhaen.

Keputusan satu kes tidak memberi senarang jaminan tentang reformasi pentadbiran kerajaan. Banyak lagi kes-kes yang telah menimbulkan keraguan, malah kemarahan di kalangan rakyat termasuk pengamal undang-undang sendiri.

Tiada konspirasi politik?

Usaha UMNO-BN untuk menghancurkan karier politik Anwar bermula sejak beliau disingirkan dari kerajaan pada 1998. Segala jentera kerajaan termasuk media massa digerakkan untuk memfitnah dan mentohmah bekas Timbalan Perdana Menteri itu semata-mata kerana takut beliau membawakan reformasi yang bakal memusnahkan sistem yang korup dan penuh penyelewengan.

Pelbagai tuduhan termasuk yang dibawa ke mahkamah telah dikenakan. Malah beliau sendiri telah disumbat ke dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas dipecat dari kerajaan. Tidak cukup dengan itu, dihumban pula ke penjara pula atas tuduhan salah guna kuasa.

Selepas dibebaskan dari penjara pada 2004 tetapi undang-undang zalim telah menghalang beliau daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun selepas tarikh pembebasan.

Apabila rakyat mengejutkan UMNO-BN dengan tsunami politik pilihan raya umum 8 Mac 2008 di mana pembangkang menang di lima negeri dan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, maka bermula konspirasi untuk memusnahkan Anwar.

Selama lebih tiga tahun, rakyat menjadi saksi kepada prosedur mahkamah yang semakin hari semakin jelas kerapuhan kes pihak pendakwa. Sehingga pada waktu penggulungan, media massa kawalan UMNO-BN hanya menyiarkan cebisan berita untuk menutup kelemahan pendakwaan dan kekuataan defendan.

Tidak cukup dengan itu, dibawakan pula pita video kononnya Anwar terlibat dalam skandal seks bersama seorang wanita. Maksudnya, Anwar yang telah pun didapati “bersalah” oleh media kawalan UMNO-BN sejak 2008 kerana dituduh meliwat seorang lelaki pembantu pejabatnya, difitnah pula melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang digambarkan sebagai pelacur.

Selain itu, sesetengah media kawalan UMNO-BN berserta dengan blog-blog pecacai UMNO telah menyiarkan fitnah demi fitnah terhadap Anwar tentang kononnya beliau adalah ejen asing, beliau anti-Islam, beliau itu dan beliau ini.

Kegagalan konspirasi

Bukan Anwar sahaja menjadi mangsa fitnah mereka, pemimpin Pakatan dari DAP dan PAS juga disasarkan dengan pelbagai tohmahan termasuk yang tidak masuk akal serta merendahkan maruah kaum dan agama tukang-tukang fitnah itu.

Kerana itulah skrip zaman Perang Dingin UMNO sudah tidak relevan lagi untuk menyatakan bahawa tiada konspirasi politik dalam usaha pihak-pihak tertentu yang mahu mematikan sama sekali perjuangan seorang pemimpin yang bernama Anwar Ibrahim.

Apa yang jelas ialah bukannya tiada konspirasi, tetapi konspirasi yang dirancang dan dilaksanakan itu telah gagal. – Roketkini.com

Tiada ulasan: