Selasa, 3 Januari 2012

Peguam pertikai penafian polis sebelum siasatan

MALAYSIA KINI

Penafian polis Perak bahawa anggotanya mengasari mahasiswa dalam perhimpunan di Tanjung Malim semalam bersifat "prejudis" kerana ia dibuat sebelum siasatan dijalankan, kata peguam kepada mahasiswa yang tercedera Muhamad Safwan Anang.

Sedangkan, menurut Mohd Khairuddin Othman, kenyataan anak guamnya hanya dirakam pada jam 1 petang hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas Safwan dibenarkan keluar daripada Hospital Slim River, beliau berkata pihaknya kini sedia bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap polis ekoran insiden itu.

Setakat ini, dakwanya, terdapat bukti menunjukkan bahawa terdapat kekerasan berlebihan digunakan untuk menyiraikan perhimpunan prokebebasan akademik di Universi Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Tiada ulasan: