Jumaat, 13 Januari 2012

Pas Terbuka Terima Hasan Tapi... - Mahfuz

ANTARA POS.COM

Post Pic



PETALING JAYA : Pas terbuka sekiranya Datuk Dr Hasan Ali mahu mengemukakan rayuan berikutan pemecatan beliau oleh parti itu pada Ahad lalu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut namun ia bergantung kepada kepimpinan Pas Pusat untuk membuat pertimbangan.

"Kita terbuka kalau beliau mahu kemukakan rayuan, tapi ia bergantung kepada keputusan Pas Pusat,"katanya.

Beliau mengulas mengenai saranan terbuka Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang meminta Hasan membuat rayuan berhubung pemecatan itu dalam tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

Beliau dipecat oleh Jawatankuasa Pas Pusat ekoran tindakan-tindakan beliau yang dikatakan merugikan parti.

Dalam pada itu beliau juga menegaskan bahawa pemecatan Hasan Ali tidak akan menjejaskan hubungan Pas bersama ahli Pakatan Rakyat yang lain untuk membawa agenda politik.
"(Berhubung pemecatan Hasan Ali) Pas dan Pakatan akan terus kukuh dalam menggerakkan perjuangan kita ini untuk membebaskan rakyat Malaysia dan membersihkan Malaysia daripada ketidakadilan,"ujarnya.

Sementara itu, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor hari ini tidak membincangkan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali daripada Pas dan gesaan Menteri Besar supaya beliau meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, Hasan 'bercuti' dan tidak hadir ke mesyuarat itu yang diadakan di bangunan SUK Shah Alam yang berakhir tengahari tadi.

Tiada ulasan: