Rabu, 11 Januari 2012

PAS: Ramai takut dedahkan maklumat pengundi hantu

"Tidak ada saksi yang berani ke depan, mereka takut untuk dedahkan. Pengundi hantu ini dilindungi sindiket," kata Suhaizan Kayat.



PETALING JAYA: Pemuda PAS mendakwa orang ramai takut memberi maklumat mengenai pengundi hantu kerana bimbang keselamatan mereka.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilasasi Pumuda PAS, Suhaizan Kayat, banyak maklumat yang diterima mengenai pengundi hantu tidak lengkap menyebabkan sukar mengambil tindakan lanjut.

“Tidak ada saksi yang berani ke depan, mereka takut untuk dedahkan. Pengundi hantu ini dilindungi sindiket.

“Ini satu satu bisnes…ramai yang takut untuk mendedahkannya. Mereka lebih utamakan diri sendiri daripada negara,” kata beliau.

Beberapa bulan lalu, biro ini begitu aktif mendedahkan mengenai percubaan pihak tertentu mahu mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

Suhaizan yang juga ketua Pemuda PAS Johor berkata, pihaknya tidak tidak boleh bertindak lebih lanjut jika tidak mendapat maklumat lengkap.

Maklumat tidak lengkap

Sebagai contoh, katanya, malam tadi beliau mendapat maklumat mengenai ada bas yang didakwa membawa pengundi hantu di Tanjung Pengelih, Kota Tinggi tetapi tidak lengkap.

Katanya, dengan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum 13, memberi kerakyatan kepada warga asing merupakan pilihan untuk menang pilihan raya.

“Tetapi kita (pembangkang) tidak mempunyai akses dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JBPN),” tambah beliau.

Suhaizan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pengundi hantu tampil ke depan.

Katanya, jika mereka tidak mahu memberikan maklumat itu kepada PAS mereka boleh berbuat demkian kepada pihak lain.

Tiada ulasan: