Isnin, 2 Januari 2012

Orang Kristian harus lawan untuk kebenaran: Isytihar perang ke atas Ibrahim Ali dan UMNO

John Kashuerin


Perkasa dah buat hal lagi! Mendakwa dirinya sebagai penegak hak orang Melayu, kumpulan ini sering dilabel sebagai samseng golongan ekstrim. Sekarang, rakyat Malaysia mesti memikirkan siapakah sebenarnya ahli kumpulan yang seperti terdiri dari mereka yang tidak pernah atau tak habis sekolah ini.

Nyata, presiden pengasasnya Ibrahim Ali adalah sejenis manusia yang tidak akan berfikiran secara logik, berbincang secara rasional atau bersetuju apabila orang lain sudah terbukti benar . Dia dan pemimpin-pemimpin Perkasa lain ketagih dengan sikap menipu dan menikan dari belakang,

Ini ialah abad ke-21! Zaman kebanjiran maklumat di mana ia boleh diakses melalui Internet kerana meningkatnya pengglobalisasian dan ekonomi digital dunia.

Sering, Ibrahim Ali dan pengikut-pengikut bodohnya memutarbelitkan sejarah kita. Ia adalah penting bagi lelaki dan wanita Malaysia , sebagai warga yang baik, bersuara untuk menentang fitnah-fitnah jahat di dalam negara kita.

Lelaki ini sama sekali tiada mempunyai rasa hormat kepada sesiapa dan telah terbukti dari kesediaan beliau untuk bergaduh secara terbuka dengan orang-orang Kristian pada musim perayaan ini.

Kebaikan mesti mengatasi kejahatan

Dalam agama Kristian, ia adalah dianjurkan untuk memerangi sebarang bentuk penindasan dan kekejaman bagi menegakkan keadilan, sama ada dari segi sosial, ekonomi atau politik. Ia mesti dilakukan sehingga kebaikan berjaya mengatasi kejahatan.

Tuhan memerhatikan setiap sesuatu yang kita lakukan. Adalah wajib ke atas orang-orang Kristian mempertahankan kebaikan dan mengalahkan kuasa-kuasa jahat contohnya apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali yang berkelakuan seperti syaitan.

Sebagai peringatan kepada orang Kristian, majoriti kawasan tanah Malaysia – Sabah dan Sarawak – penganut Kristian. Ini adalah mengapa pada tahun 1963 Perjanjian Malaysia tidak menyatakan satu agama rasmi bagi 2 kawasan Malaysia di Borneo ini.

Penganut agama Kristian juga merupakan juga ada di semenanjung Malaysia.

Rev Eu Hong Seng tidak mempersoalkan Perkara 153. Apa yang dipersoalkan olehnya ialah mengapa ia tidak digunakan dengan sama ke atas masyarakat bukan Melayu, termasuk orang-orang Kristian. Aspirasi yang sah untuk memberi jaminan di bawah Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kita juga boleh menambah yang Perkara 153, yang diperkenalkan untuk digunakan selama 15 tahun, bukan satu fasal yang boleh merangkumi semua perkara.

Sebaliknya, ia membataskan diri, dengan menberi hak kaum peribumi Sabah, Sarawak dan Orang Asli dan orang Melayu Semenanjung Malaysia, peluang dalam hanya empat bahagian tertentu sahaja. Bahagian-bahagian ini ialah; diambil berkhidmat dalam perkhidmatan awam; belajar di institusi pengajian tinggi dan keistimewaan pendidikan, biasiswa kerajaan dan peluang-peluang berurusan dengan kerajaan.

Inilah yang dikatakan kedudukan istimewa Bumiputra Sabah dan Sarawak, Orang Asli dan orang Melayu di Semenanjung Malaysia.

Ketamakan Umno mengubah dan menyalahgunakan Perkara 153

Umno telah memuutarbelitkan kedudukan istimewa kepada hak istimewa dengan meluaskan batasan Perkara 153 yang melebih

i empat bidang-bidang tertentu untuk meliputi setiap aspek kehidupan di Malaysia.

Mudah-mudahan, Akta Perhubungan Persaingan yang dicadangkan akan mengambil kira Perkara 153 yang kerap dilanggar dan diputar belitkan.

Perhatikan bahawa tiada disebut

dimana-mana dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Melayu Semenanjung Malaysia digelar sebagai Bumiputera.

Undang-undang Agung Tanah semata-mata merujuk kepada orang Melayu sebagai umat Islam di Semenanjung Malaysia dan Singapura yang lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu – tiada pengkhususan diberikan di sini - dan amalan budaya Melayu,

adat resam dan tradisi. Sekali lagi, tidak dinyatakan secara khusus dalam Perlembagaan Persekutuan

Ketuanan Melayu? Kaji dulu di mana asal usulnya orang Melayu!

Sedikit pengenalan, Melayu bermula sebagai dialek di Kemboja dan telah digunakan oleh orang Hindu pada awalnya, kemudian mubaligh Buddha dan akhirnya menjadi lingua franca kepulauan di Asia Tenggara. Oleh itu, nama Kepulauan Melayu digunakan bagi merujuk di kepulauan di mana bahasa Melayu telah digunakan secara meluas.

Melayu muncul sebagai bahasa keagamaan, perdagangan,

pendidikan, dan pentadbiran dengan campuran Sanskrit dan Pali - dialek bahasa Sanskrit yang digunakan oleh penganut agama Buddha – bermaksud perkataan.

Pendek kata, bangsa Melayu, sebenarnya tidak wujud. Kajian berterusan terhadap DNA yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah membuktikan ini.

Apa yang disebut sebagai Semenanjung Tanah Melayu sebenarnya separuh daripada bahagian selatan Semenanjung Kra di mana bahasa Melayu telah digunakan secara meluas.

Semenanjung Tanah Melayu juga bukanlah tempat asal bangsa Melayu. Melayu di Semenanjung Melayu adalah istilah terakhir yang digunakan oleh penjajah British yang meliputi pelbagai kumpulan etnik dari pulau-pulau berdekatan.

Mereka hanya mengikut seperti apa didakwa mubaligh Hindu dan Buddha.

Penjajah Britishlah yang telah berperang sebanyak dua kali dengan Bangkok untuk mendapatkan Semenanjung Tanah Melayu dari kerajaan Thai untuk menanam getah dan melombong bijih timah.

Penjajah British jugalah yang mengubah beberapa Kerajaan Sungei - kerajaan sungai yang dikurangkan kuasa dengan hanya boleh mengutip tol di sepanjang laluan air - sultan Melayu menjadi pemerintahan wilayah.

Mereka juga memulakan Persidangan Raja-Raja Melayu.

Orang-orang yang memanggil diri mereka Melayu di Semenanjung Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada, penjajah British.

Dasar Ekonomi Baru

Ia membolehkan pelbagai kumpulan etnik dari pulau-pulau yang berdekatan untuk memupuk idea nasionalisme Melayu - iaitu pemberontakan menentang penguasaan ekonomi Cina - untuk merebut konsesi ekonomi dan politik yang lebih besar daripada masyarakat bukan Melayu. Hasilnya ialah Perkara 153, antara sebahagian yag terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Antara yang lain adalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai tambahan kepada bahagian Hak Keistimewaan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang ke-4.

Seperti Perkara 153, DEB bukanlah klausa yang merangkum semua perkara.

Di bawah satu fasal, DEB adalah bertujuan untuk memastikan bahawa 30 peratus daripada kekayaan korporat – yang disenaraikan secara awam, dimiliki, dikawal dan diuruskan oleh Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan masyarakat Orang Asli dan Melayu Semenanjung Malaysia dalam tempoh dua puluh-tahun (1970-1990). Seperti Perkara 153, DEB juga telah luput tarikhnya.

Satu lagi fasal dalam DEB adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.

Fasal 3 dan yang terakhir dalam DEB adalah untuk menghapuskan perbezaan pada kaum dengan kegiatan ekonomi dan tempat tinggal.

Pada hakikatnya, sebagai satu contoh, apa yang kita lihat pada hari ini adalah keadaan dimana 90 peratus daripada tenaga perkhidmatan awam dikuasai oleh satu komuniti.

Seperti satu lagi contoh, 90 peratus orang-orang yang tinggal di Putrajaya - Pusat Pentadbiran Persekutuan - terdiri daripada satu komuniti yang sama.

Masyarakat yang sama juga membentuk 90 peratus daripada Badan Kehakiman, perguruan, perkhidmatan diplomatik, polis, angkatan tentera dan GLC-GLC.

Layulah 1Malaysia seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Umno!

Kita memerlukan lebih ramai orang seperti Rev Eu Hong Seng untuk bersuara menentang segala bentuk ketidakadilan dalam negara ini.

- John Kashuerin adalah pembaca Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: