Isnin, 23 Januari 2012

Naungan politik BN jadi fokus selepas skandal didedah


KUALA LUMPUR — Pendedahan-pendedahan skandal kewangan yang melibatkan pemimpin tertinggi Umno kebelakangan ini menyaksikan naungan politik BN menjadi fokus pada tahun yang dijangka akan diadakan pilihan raya umum, demikian menurut pemerhati politik.

Sementara tuduhan terhadap penyalahgunaan dana RM250 juta Pusat Fidlot Nasional-yang dijalankan oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mendominasi tajuk utama sejak November, dan skandal-skandal lain dikaitkan dengan menteri Barisan Nasional (BN) turut menjadi perhatian umum.

Pemerhati politik memberitahu The Malaysian Insider bahawa terdapatnya hubungan antara politik dan perniagaan yang berkembang dengan penelitian masyarakat bahawa “skandal ini akan berkekalan.”

“Masyarakat akan bertanya sama ada kerajaan akan berkhidmat untuk kepentingan ahli politik atau kepada majoriti rakyat Malaysia yang bukannya ahli politik,” jelas Pengerusi Pusat Penyelidikan Polisi Awam, Tan Sri Ramon Navaratnam kepada The Malaysian Insider.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low berkata, pemerhati melihat masyarakat mula berminat dalam isu rasuah kebelakangan ini, dengan kajian baru-baru ini menunjukkan 90 peratus rakyat Malaysia akan menggunakan peluang untuk melawan rasuah.

“Jelas menunjukkan masyarakat sekarang tidak akan melepaskan perkara itu dengan mudah. Skandal ini akan berkekalan,” katanya.

PKR telah berulangkali mengeluarkan tuduhan terhadap Ketua Wanita Umno dan keluarganya kerana didakwa telah menyalahgunakan dana projek penternakan lembu, termasuk hartanah dan tanah bernilai RM 27 juta yang tidak berkaitan dengan projek berkenaan.

Mereka turut mendesak Datuk Seri Jamil Khir Baharom dikenakan tindakan terhadap dakwaan penyalahgunaan wang zakat untuk bayaran guaman bernilai RM63,650.

Blogger yang hanya dikenali nama samaran, TheWhistleblower711, turut menuduh bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin masing-masing menerima RM300,000 RM100,000 daripada Pengarah Urusan Gerbang Perdana, Yahya Abd Jalil.

Namun begitu, kedua-dua menteri Umno terbabit menafikan dakwaan berkenaan; Azalina menyatakan bayaran tersebut merupakan untuk pembayaran jualan kereta klasik dan Adek Awang menjelaskan bayaran itu dibuat terhadap pelaksanaan program sosial di Bachok, yang mana beliau merupakan ketua cawangan.

Bekas menteri persekutuan, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir baru-baru ini turut mendakwa BN telah membuat penyerahan sejumlah RM1,000 dalam kempen pilihan raya sebelum ini yang bertujuan untuk membeli undi dengan menggunakan taktik yang dikenali sebagai “bom.”

“Masyarakat sentiasa mengetahui perkara ini berlaku, tapi BN semakin teruk sekarang, dengan Najib dilihat berusaha melakukan transformasi politik, beliau tidak mampu menolak skandal sedemikian.

“Sekarang Najib berusaha untuk melakukan transformasi, sebarang skandal akan menyebabkan kemusnahan,” kata penasihat politik Ong Kian Ming.

Pendedahan-pendedahan terbaru berupaya menjatuhkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang mana menentang rasuah merupakan salah satu perkara daripada tujuh Kawasan Kunci Keberhasilan Nasional (NKRA).

Pengumuman terbaru yang dibuat Pulau Pinang berkenaan pengisytiharan aset juga melihatkan ketegasan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang kerap kali mendesak Kabinet supaya mencontohi tindakannya.

Ketua Hakim, Tan Sri Arifin Zakaria juga mengumumkan para hakim juga akan turut mengisytiharkan aset mereka bagi memastikan integriti kehakiman.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudiannya mendesak kerajaan dengan menyatakan Najib bersetuju agar ahli keluarga anggota Kabinetnya mengisytiharkan harta mereka kepada badan berkenaan.

Walaupun presiden BN itu belum memberikan sebarang kenyataan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan hanya menteri sahaja yang perlu membuat perisytiharan harta dan hanya kepada perdana menteri.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang telah membuat beberapa siri pendedahan terhadap NFC berkata, walaupun terdapat berbillion ringgit telah di bazirkan termasuk pembelian kapal peronda bernilai RM9 billion, mereka tidak akan bertolak ansur kepada akar umbi.

“Mereka melihatnya sebagai keperluan harian. Tapi bila melibatkan pembayaran untuk mendapatkan kontrak, lesen, dan sebagainya, masyarakat akan mengaitkannya kerana mereka terpaksa membayar untuk itu,” tambahnya lagi.

Tiada ulasan: