Jumaat, 20 Januari 2012

Mungkinkah Shahrizat digugurkan sebelum PRU13

Keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bercuti sabatikal sebagai menteri kabinet sementara menunggu sisatan ke atas syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya menimbulkan persoalan sama ada Ketua Wanita Umno itu akan terus berundur dari dunia politik.

Tiga hari selepas pengumuman itu, pemimpin veteran pembangkang secara sinis berkata, beliau meramalkan bahawa Shahrizat akan digugurkan sebagai menteri kabinet, tetapi Lim tidak menyatakan alasannya itu.

azlanMenurut sumber dalaman BN, pembabitan keluarga Shahrizat yang terpalit dengan skandal NFC telah mencemarkan imej imej reformis yang cuba ditonjolkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun takdir menentukan bahawa Najib tidak mempunyai jalan mudah bagi menyelesaikan kemelut ini. Jika Dewan Rakyat dibubarkan selepas Mac, Najib pastikan terpaksa membentangkan beberapa undang-undang reformis termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi memulihkan imejnya yang tercemar itu.

Dan ini juga bermakna Shahrizat, bersama-sama dengan rakan menteri kabinet lain - Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Awang Adek Hussin dan Tan Sri Koh Tsu Koon terpaksa dilantik semula sebagai ahli Dewan Negara kerana tempoh mereka akan tamat pada 8 April.

azlanDewan Rakyat akan mula bersidang pada Mac hingga April ini manakala persidangan Dewan Negara pula dijadualkan pada April dan berterusan sehingga Mei.

Jika Najib memilih mengugurkan Shahrizat daripada barisan jemaah menteri, menjelang pilihan raya umum akan datang kerana skandal NFC, maka beliau tidak perlu memlanjutkan keanggotaan sebagai senator.

Tiada ulasan: