Jumaat, 13 Januari 2012

Misi Mustahil Mahathir: Jadikan Mukhriz Perdana Menteri

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Pada Oktober 2003 setelah Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan perasaan bercampur baur. Beliau sangat berat hati untuk melepaskan kuasa dan juga sedih kerana UMNO semakin lemah. Beliau juga kecewa kerana setelah bertahun-tahun lamanya orang Melayu diberi kelebihan dalam pendidikan, mereka masih lagi ditakuk yang sama.

Mahathir juga sedih kerana beliau telah dipersalahkan kerana kehilangan integriti sistem perundangan dan juga ekonomi semakin merudum. Tetapi, hakikatnya, banyak perkara yang jatuh semasa beliau berkuasa. Yang paling beliau gusarkan adalah tidak seorang pun anak lelaki beliau sudah bersedia menggantikan tempat beliau. Pendek kata, misi beliau tidak habis dan beliau sangat tidak berpuas hati.

Daim tinggalkan Mahathir terkapai-kapai

Mahathir yang sudah berusia 86 tahun membenci Daim Zainuddin kerana mengambil kesempatan ke atas beliau kerana bodoh dari segi ekonomi. Daim lah yang dituduh mencuri semua wang dengan mengkayakan diri sendiri dan mengawal semua asset UMNO di bawah batang hidung Mahathir sendiri. Mahathir tidak akan memperdulikan hal ini sekiranya Mukhriz, anak beliau berjaya menjadi PM semasa beliau masih hidup,

Sebenarnya, jika boleh, Mahathir masih mahu menjadi PM sehingga kini. Tetapi beliau tiada pilihan kerana beliau telah menjahanamkan ekonomi Malaysia pada 1997-1998 sewaktu krisis eknonomi. Beliau telah menggunakan dana dan sumber negara untuk menyelamatkan kroni-kroni beliau terutamanya syarikat perkapalan anaknya. Ini telah menyebabkan kerajaan kekurangan dana dan terpaksa meminjam. Jumlah hutang negara sekarang ini mencecah RM445 billion.

Mahathir seharusnya tahu bahawa krisis ekonomi yang melanda Malaysia pada waktu itu adalah hasil daripada usaha beliau sendiri tetapi beliau tetap menyalahkan George Soros. Mahathir menyerahkan kepada Abdullah Badawi misi mustahil untuk memulihkan ekonomi Malaysia dan prestasi buruk UMNO seraya mengahadapi nya dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya 1999, terdapat perubahan besar pada undi orang Melayu yang rata-rata tidak mengundi UMNO disebabkan perlucutan jawatan Anwar oleh Mahathir yang amat disayangi orang Melayu. Mahathir sedar sekiranya beliau tetap meneraju UMNO, parti itu akan menerima kekalahan teruk pada pilihanraya seterusnya, tetapi ia telah dimenangi oleh Badawi dengan kemenangan yang besar pada 2004.

Semasa perletakkan jawatan beliau pada 2003, Mahathir cuba menjauhkan dirinya daripada dua faktor utama yang merosakkan pentadbirannya, salah nilai ekonomi pada 1997-98 dan kehilangan sokongan orang Melayu disebabkan Anwar.

Mahathir tidak dapat mengekang Khairy

Jadi, Mahathir meletak jawatan dan memberi laluan kepada Abdullah Badawi hanya untuk menjaga legasi beliau dan memastikan jawatan dalam kabinet untuk Mukhriz. Walaupun menangis semasa perhimpunan UMNO 2003, beliau sebenarnya seorang yang kejam, tidak berhati perut dan mementingkan diri kerana sanggup menyerahkan segala tanggungjawab dan kesalahan kepada Badawi.

Juga untuk memastikan kroni beliau kekal kaya, beliau meyakinkan Badawi untuk mengekalkan projek-projek mega yang telah beliau rancangkan tanpa menyangka bahawa PM sebenar adalah Khairy Jamaluddin – menantu Abdullah Badawi dan juga ketua Pemuda yang merasakan dirinya bijak pandai untuk mentadbir negara hanya kerana beliau graduan Oxford.

Walaupun Mahathir salah sangka terhadap Khairy, namub beliau tidak berjaya membaca minda anak muda itu. Sekiranya beliau mampu, beliau tidak akan melepaskan jawatan itu kepada Badawi. Khairy dengan tidak membuang masa terus membubarkan segala projek Mahathir termasuk Jambatan Bengkok ke Singapura yang telah membuatkan Mahathir marah dan merencanakan penyingkiran Abdullah. Akhirnya, Mahathir berjaya menyingkirkan Badawi dan menggantikannya dengan Najib yang sememangnya sudak mempunyai rekod buruk rasuah. Mahathir menyangka bahawa Najib akan mengikut telunjuknya. Tetapi sebaliknya berlaku kerana Najib pula mempunyai Rosmah. Sememangnya Rosmah adalah duri dalam daging buat Mahathir!

Mahathir mempunyai fail tentang Khairy yang meliputi latar belakang anak muda itu, kemahiran, pengalaman, aktiviti, jaringan rakan-rakan dan perniagaan, pandangan politik, pertalian dengan wartawan Singapura, rakan perniagaan dan pertalian antarabangsa Khairy terutamanya dengan AS melalui rakan-rakan di Singapura. Khairy pernah memasuki sebuah kolej di Singapura dan kemudiannya terlibat dengan Avenue Capital –ECM Libra, sebuah skim buat duit bersama Kalimullah Hassan yang merupakan ketua media untuk ECM Libra yang mempunyai hubungkait dengan Abdullah Badawi.

Malangnya, Mahathir gagal untuk meyakinkan pihak polis menangkap Khairy atas tuduhan menjadi agen luar. Kenapa? Kerana Mahathir yang merasakan dirinya kuat telah membuat kesilapan besar dengan meletak jawatan terlebih dahulu sebelum menggesa jentera kerajaan melaksanakan tugas untuknya.

Sememangnya Mahathir menyesal kerana meletak jawatan terlalu awal dan meninggalkan banyak perkara kritikal tidak selesai, objektif beliau tidak tercapai dan rancangan untuk menjadikan anaknya PM juga tidak selesai. Beliau juga pada masa yang sama bermimpi untuk menjadi Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu.

Membina asas untuk Mukhriz

Langkah pertama dalam menyediakan Mukhriz adalah memastikan beliau dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO, tetapi usaha Mahathir gagal apabila delegasi memilih Khairy. Pemimpin UMNO juga sedar bahawa ini adalah satu kesilapan. Tetapi sewaktu pemilihan UMNO 2009, Najib terpaksa berusaha keras menenangkan Mahathir yang marah.

Najib melantik Mukhriz menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa. Sehingga kini, tiada usaha yang jelas dilakukan oleh Mahathir untuk meletakkan anaknya lebih hampir kepada jawatan Perdana Menteri. Baru-baru ini, Najib menggantikan Shafie Apdal dengan Ahmad Bashah Md Hanapiah sebagai Ketua UMNO Kedah dengan Mukhriz sebagai timbalan. Mahathir tiada pilihan selain merampas kuasa di Kedah yang merupakan negeri asal beliau. Walaupun dengan usaha Najib meletakkan orangnya di Kedah, Mukhriz tetap Ketua perhubungan UMNO di Kedah sebenarnya.

Walaupun mendapat Kedah, ia belum lagi bagus untuk Mukhriz kerana beliau sebenarnya tiada sokongan di Kedah, apa lagi di negeri-negeri lain. Hampir tiada sokongan langsung untuk Mukhriz di negeri lain dan inilah masalah besar yang tidak dapat diselesaikan oleh Mahathir.

Satu cara lain adalah dengan meletakkan Mukhriz berpasangan dengan orang lain dan orang yang terbaik buat masa ini adalah Muhyiddin Yassin, yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO. Tetapi itu akan menjadi sangat jelas dan beliau benci apabila orang lain dapat meramal tindak –tanduk beliau. Mahathir sekarang kesuntukan masa dan pilihan beliau juga sangat sedikit. Mahathir mungkin terpaksa menggunakan Muhyiddin tetapi, beliau tidak akan berhenti mencari alternatif lain yang lebih pendek.

Dua kuda untuk ditunggang Mukhriz, siapa pilihan Mahathir?

Satu kekurangan menjadi ahli pasukan Muhyiddinn daripada membuat perjanjian dengan Najib adalah Muhyiddin sangat kurang sokongan di Johor, mahupun seluruh Malaysia. Mahathir sedang cuba melihat segala pilihan yang ada dan Muhyiddin pastinya jadi pilihan terakhir. Besar kemungkinan beliau akan gunakan Najib untuk beri kuasa kepada Mukhriz.

Mahathir dijangka akan mengambil kesempatan terhadap mandate yang diberikan delegasi UMNO kepada Najib untuk memberi kata putus siapa yang layak berada dalam senarai kerusi calon pasti menang pada PRU 13 nanti. Sudah tentulah orang-orang Mahathir akan masuk dalam senarai itu. Najib akan cuba meyakinkan penyokong beliau bahawa adalah perlu mereka memberi laluan kepada orang Mahathir untuk mengelak perpecahan dalam UMNO dan meyakinkan mereka bahawa mereka akan diberi ganjaran besar selepas ini.

Di pihak beliau sendiri, Mahathir akan memberi sokongan kepada Najib dan memastikan beliau akan kekal menjadi presiden UMNO dan PM selepas PRU 13 dan juga tidak menghancurkan UMNO disebabkan pertelingkahan dalaman. Walaubagaimanapun, pada pemilihan UMO nanti, orang dalam menjangka bahawa jawatan presiden berkemungkinan besar akan menjadi persaingan 3 penjuru antara Najib, Muhyiddin dan Mukhriz.

Muhyiddin akan menarik diri daripada pemilihan itu secara sukarela dan pertarungan akan menjadi antara Najib dan Mukhriz –menurut teori ini. Muhyiddin tidak akan merasa bimbang kerana siapa sahaja yang menang, beliau tetap akan dijanjikan jawatan timbalan perdana menteri. Beliau juga tiada harapan untuk menjadi PM dengan usaha sendiri jadi beliau akan bersyukur dengan apa yang dijanjikan. Ini sangat berbeza dengan senario Anwar pada 90-an dulu. Apabila Anwar mencabar Mahathir, ahli UMNO ramai yang mahu Anwar menang. Ini memang mungkin kerana Anwar mempunyai sokongan akar umbi yang kuat di seluruh negara dan orang Melayu sedang beralih kepadanya juga sekarang dengan berakhirnya kes Liwat II dan beliau dibebaskan.

Mampukah Mukhriz mencabar Najib? Dalam perlawanan ini, Taib Mahmud juga akan memberi sokongan kepada Mukhriz dalam membentuk kerajaan BN memandangkan Mahathir sangat menyokong Taib selama ini manakala najib pula cuba mengawal Taib dan Sarawak tetapi gagal dari mula. Sokongan dari Taib akan menaikkan lagi semangat pasukan Mahathir dan menjadikan orang-orang Najib mempertikaikan kekuatan Najib memimpin BN.

Tetapi, adakah Mukhriz sudah bersedia?

YA menurut Mahathir, dan kenapa tidak? Mukhriz mencuri perhatian rakyat apabila beliau terus menerus mempertahankan ayahnya semasa pertelingkahan dengan Badawi dan Khairy pada 2003-2008. Pada PRU 12, Mukhriz menang di kerusi parlimen Jerlun. Beliau sekarang sudah 3 tahun menjadi menteri kabinet. Yang terakhir, Mahathir juga sentiasa cuba meyakinkan orang lain bahawa Mukhriz lebih pintar berbanding beliau! Orang lain kurang percaya dan mengatakan bahawa bukti kepintaran Mukhriz adalah kepalanya yang semakin botak.

Adakah misi Mahathir akan berjaya?

Mungkin kekuatan Mukhriz adalah kematangan beliau. Komen kurang sopan beliau dan cara tidak diplomasinya dengan berhadapan dengan orang lain tidak memberikannya banyak sokongan selama ini. Beliau juga kurang pengalaman dan haruslah memegang beberapa lagi jawatan dalam kabinet sebelum menjadi PM. Mukhriz memang belum bersedia dan juga tidak mampu menjadi PM atas usahanya sendiri.

Jika Mukhriz benar-benar lebih pintar berbanding ayahnya, sudah tentu beliau akan menjadi seorang ahli politik yang lebih berkaliber berbanding ayahnya sekarang. Tetapi Mukhriz bukanlah seorang ahli politik, beliau adalah seorang yang licik dan ini tidak baik untuk negara. Mahathir mempunyai misi iaitu misi seorang ayah merealisasikan impiannya.Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: