Selasa, 10 Januari 2012

Marah keputusan mahkamah, banner jadi mangsa

Harakahdaily,

(Kain rentang Pakatan Rakyat jadi mangsa di Seberang Temerloh)


TEMERLOH: Mungkin kerana marah dengan keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, banner yang memaparkan janji Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang menjadi mangsa.

Banner atau kain rentang yang memaparkan tawaran Pakatan Rakyat di Seberang Temerloh telah diconteng oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Gambar conteng ini dipaparkan oleh blog selamatkanpahang.

Dalam banner itu, Pakatan Rakyat menjanjikan harga minyak diturunkan serta merta manakala elaun guru dinaikkan RM500.

Jenerasi kedua Felda pula ditawarkan menjadi peneroka untuk tanah Felda Plantation yang hendak dicagarkan oleh Felda untuk Felda Global Venture Berhad (FGVB).

Turut ditawarkan menjadi peneroka atas tanah itu adalah pesara tentera.

Namun, mereka yang tidak berpuashati telah menconteng janji ini dengan dakwat merah dan hitam.

Mereka menulis perkataan "Tipu" di atas banner itu.

Tiada ulasan: