Jumaat, 13 Januari 2012

Kuota Minyak Masak Peruncit Ditambah Sempena Musim Perayaan

Post Pic



PUTRAJAYA : Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) semalam meluluskan penambahan sebanyak 10 peratus kuota minyak masak peruncit tempatan bagi memastikan bekalan minyak masak mencukupi menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata MPOB telah menghantarkan surat kepada kementerian bagi menyatakan kebenaran kebenaran khas itu memandangkan pengangkut serta pembungkus semula dijangka bercuti panjang semasa Tahun Baru Cina 23 dan 24 Januari ini.

Katanya lagi, KPDNKK juga telah membuat persediaan untuk menjamin stok minyak masak tersebut mencukupi dengan menyimpan lebihan stok di setiap pejabat kementerian.

Jelasnya, kuota bekalan minyak masak juga bergantung kepada populasi di sesebuah kawasan.

Ismail Sabri juga turut menjelaskan bahawa laporan kekurangan minyak masak seperti yang dilaporkan baru-baru ini di Temerloh, Pahang hanya "kes terpencil".

Katanya, punca kekurangan di Temerloh adalah disebabkan masalah dalaman peruncit yang gagal menyelesaikan hutang mencecah RM50,000 kepada pemborong.

Beliau berkata, kekurangan stok minyak masak di beberapa kedai runcit minggu lepas pula disebabkan pembungkus semula dan pengangkut yang bercuti panjang semasa Tahun Baru.

Tambahnya, kekurangan bekalan minyak dibeberapa kawasan sebelum ini adalah "kes terpencil" dan "tidak boleh dianggap sebagai kekurangan minyak masak."

Tiada ulasan: