Rabu, 18 Januari 2012

Keluarga Shahrizat dicabar dedah penyata kad kredit

MALAYSIA KINI

Kumpulan NGO mesra Pakatan Rakyat, Jingga 13 mencabar dan mendesak ahli keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil supaya tampil mendedahkan penyata penggunaan kad kredit mereka berjumlah RM593,500 yang dikatakan dibiayai oleh syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

NONEKetua penyelarasnya, Fariz Musa (kiri) dalam satu kenyataan akhbar berkata pendedahan umum itu perlu kerana rakyat berhak mengetahui secara terperinci setiap pembelanjaan kad kredit itu yang didakwa digunakan untuk perbelanjaan syarikat kerana NFC mendapat dana pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan.

“Adakah benar sepertimana kenyataan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh , Pengarah Eksukutif NFC bahawa ia digunakan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan ‘lembu’ atau NFC dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi atau berpoya-poya?” soalnya.

Sehubungan itu, katanya Jingga 13 tampil membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan sepertimana mengikut Akta 613 , Seksyen 406 atau 409 Kanun Keseksaan.

Isnin lalu, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, pada sidang akhbarnya mendedahkan empat ahli keluarga Shahrizat yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat membelanjakan hampir RM600,000 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut beliau, empat ahli keluarga Shahrizat yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

azlanMereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

Justeru, kata Fariz, Jingga 13 mendesak agar pihak polis menyiasat secara terperinci setiap perbelanjaan dan penggunaan kad kredit oleh keseluruhan ahli keluarga menteri itu daripada setiap akaun sepertimana yang telah dibayar dengan menggunakan wang NFC.

“Jingga 13 benar-benar kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang dilihat sehingga kini bersikap dwi-standard dalam mengambil tindakan secara adil dan profesional.

azlan“Ini seolah-olah wujud undang-undang yang berbeza antara rakyat biasa dan menteri /pimpinan Umno serta keluarga walaupun pelbagai laporan polis dan SPRM telah dibuat berkaitan skandal NFC yang melibatkan RM250 juta wang rakyat,” katanya lagi.

Akibat diasak dengan pendedahan demi pendedahan dan desakan pelbagai pihak termasuk dari Umno supaya mengundurkan diri, Shahrizat minggu lalu mengambil keputusan untuk bercuti selama tiga minggu, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengumumkan bahawa aset NFC dibekukan sementara menunggu siasatan oleh pihak berkuasa pelbagai termasuk di Suruhanjaya Malaysia Pencegah Rasuah (SPRM) dan polis.

Tiada ulasan: