Selasa, 17 Januari 2012

Kartun politik Malaysia dipamerkan di London


MALAYSIA KINI

Sebanyak 80 kartun menyentuh isu politik semasa Malaysia -- antaranya berkaitan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan isu sekitar isteri perdana menteri Rosmah Mansur -- akan dipamerkan di London bulan depan.

NONEPameran solo pertama kartunis Zunar setelah 30 tahun berkarya itu bertemakan "Berjuang Melalui Kartun" dan akan berlangsung selama sebulan di Farringdon Road.

"Tema 'Berjuang Melalui Kartun' dipilih kerana kartun-kartun politik saya mendapat kekangan dan tekanan dari pemerintah Malaysia," katanya sambil menegaskan pengharaman tujuh bukunya sebelum ini.

Selain itu, katanya, pejabatnya di Kuala Lumpur sering diserbu pihak berkuasa, bukunya dirampas dan pencetak bukunya diugut.

Pengharaman bukunya itu kemudiannya dibawa di mahkamah dan kes itu akan mula didengar pada 18 Januari depan.

Menurut Zunar, Pameran itu dianjurkan oleh sebuah NGO antarabangsa, Artikel 19 yang memperjuangkan kebebasan bersuara serta informasi dan dibantu oleh rakyat Malaysia di United Kingdom.

NONESelain ucapan Zunar -- atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaq -- perasmiannya pada 15 Februari akan dirasmikan oleh pengasas laman anti Tan Sri Taib Mahmud Sarawak Report dan Radio Free Sarawak Clare Rewcastle Brown.

Zunar sebelum ini mengadakan dua pameran bersama artis lain di Sepanyol.

Aktivismenya melalui kartun mendapat pengiktirafan| antarabangsa apabila dianugerahkan "Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial" oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI).

Tiada ulasan: