Selasa, 31 Januari 2012

JALAN KG. BAKAU KENINGAU MOHON PERHATIAN SEGERA

CAPTION 1
..berlubang dan berlopak

Penduduk di Kg. Bakiau, Keningau, Sabah memohon kepada pihak yang bertanggungjawab menaiktaraf jalan Kg. Bakiau, selepas lampu Isyarat, simpang Eon yang juga merupakan laluan utama penduduk berkenaan ke Pekan Keningau setiap hari dan ini menimbulkan kesukaran kehidupan harian penduduk berkenaan.

Malahan masalah kerosakan jalan tersebut yang telah berlaku lebih 20 tahun lalu telahpun disuarakan kepada pihak tertentu menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Bakiau, namun sehingga sekarang tiada tanda- tanda tindakan telah diambil.

Penduduk Kampung juga mengalami kesukaran ketika musim hujan, kerana jalan tersebut akan berlubang dan berlopak ini sekaligus menimbulkan kesukaran kepada kenderaan kecil untuk melalui jalan tersebut. Disamping itu Kg. Bakiau juga berisiko tinggi mengalami banjir ketika musim hujan kerana sistem perparitan yang kurang baik.

Malahan penduduk kampung juga merungut kerana tambang yang tinggi diletakkan oleh pemandu teksi atas alasan jalan tersebut terlalu teruk dan kos yang tinggi untuk penyelenggaraan kenderaan, lebih teruk ada sesetengah teksi enggan untuk masuk ke jalan tersebut.

“Kami merayu agar pihak kerajaan menaik taraf jalan kampung ini, kerana ianya bukan saja menimbulkan masalah kepada hidupan harian penduduk malahan jalan ini merupakan laluan utama untuk penduduk keluar ke Hospital berikutan kes-kes kecemasan,walhal jalan kampung kami ini bukannya panjang, hanya 1 km untuk keluar, tetapi struktur jalan yang tidak baik menyebabkan hampir 30 minit untuk keluar dari jalan tersebut. Tambahannya lagi Apa ertinya kemerdekaan jika kami tidak menikmati erti pembangunan dan masih menggunakan jalan tanah berlumpur dan berdebu pada musim kering” ujar Nancy yang agak kesal yang juga merupakan penduduk di kampung berkenaan.

Jelasnya di sini penduduk Kg. Bakiau memohon supaya YB Datuk Sairin bin Hj. Karno yang juga sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, agar dapat turun padang dan meninjau jalan tersebut.

Tiada ulasan: