Selasa, 31 Januari 2012

Hadi : Saya akan bertanding pada PRU jika diperlukan

Post Pic


ANTARA POS.COM


SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tetap akan bertanding pada pilihanraya umum akan datang, sekiranya khidmatnya masih diperlukan.

Hadi berkata beliau sebelum ini melahirkan kesanggupannya untuk tidak bertanding pada PRU ke-13 keranamenjadi tanggungjawab pemimpin veteran PAS untuk memberi ruang kepada pelapis baru.

"Memang dalam perjuangan ini kena bagi kepada pelapis-pelapis, kita dalam PAS memang begitu. Kita tak boleh berlumba nak jadi ketua, kita kena berlumba untuk berkhidmat,” kata Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu itu.

"Tapi terpulang kepada ahli-ahli parti jemaah kita. Kalau tak ada orang, kita wajib ke hadapan, begitu kaedahnya," Hadi dipetik sebagai berkata oleh Harakah Daily.

MInggu lalu, beliau membayangkan tidak mahu bertanding pada pilihanraya umum untuk memberi laluan kepada pemimpin lain. Jika bertanding pun, Hadi berkata beliau lebih suka untuk bertanding hanya kerusi Parlimen atau DUN dan bukan kedua-duanya sekali.

Susulan kenyataan itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang menggesa Hadi untuk tetap bertanding pada PRU ke 13.

Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga mahu Hadi untuk terus bertanding.

Hadi dan Nik Aziz adalah tokoh paling veteran dalam Pas ketika ini.

NIk Aziz yang memimpin Kerajaan Pas Kelantan untuk lebih dua dekad dijangka akan mempertahankan kerusi DUN Chempaka pada PRU akan datang.

Tiada ulasan: