Selasa, 10 Januari 2012

EXCO - Pemuda PAS Selangor mahu Dr. Rani Ganti Hasan Ali.

Radhi Razak

Berikut merupakan kenyataan media rasmi Dewan Pemuda PAS Selangor mengenai pengganti paling layak bagi jawatan Exco Selangor yang sebelum ini dipegang Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr. Hassan Ali : -

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyokong penuh saranan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang meminta supaya YB Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali meletakkan jawatan selaku Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor secara sukarela kerana beliau tidak lagi mewakili parti PAS setelah dipecat keahlian beliau oleh parti PAS baru-baru ini.

alt

Menteri Besar Selangor juga menyerahkan kepada pimpinan PAS Selangor untuk melantik pengganti kerana kuota EXCO tersebut adalah untuk parti PAS.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan ini juga menyokong penuh saranan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr. Raja Ahmad Al Hiss, supaya kekosongan untuk EXCO Selangor tersebut diserahkan kepada YB Dr. Abdul Rani Osman selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan juga merupakan ADUN Meru.

YB Dr. Abdul Rani adalah orang yang selayaknya mengisi kekosongan kuota tersebut bukan sekadar beliau merupakan orang PAS nombor satu Selangor tetapi beliau juga cukup dekat dengan rakyat dan cukup prihatin dengan permasalahan rakyat.



MOHD SANY BIN HAMZAN

TIMBALAN KETUA PEMUDA merangkap PENGERUSI LAJNAH POLITIK & PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

Tiada ulasan: