Rabu, 18 Januari 2012

Dr M: Saiful ada hak merayu keputusan liwat II

MALAYSIA KINI

Sambil memperli Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menang pertandingan membuat “appeal” atau rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan kepadanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa pengadu dalam kes liwat baru-baru ini tidak diberikan hak yang sama.

NONE“Tetapi apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tidak ada corroborating evidence, hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

“Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?” soal Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

Beliau juga mempersoalkan apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi.

Mahathir mengulas kenyataan pemimpin pembangkang yang membidas Mohd Saiful Bukhari Azlan dan keluarganya kerana memohon supaya Peguam Negara membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan beliau tidak bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya itu, pada 9 Januari lalu.

Katanya, sebelum ini, dari awal perbicaraan Anwar telah menuntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah.

azlan“Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah ia akan membuat appeal kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court).

“Jika Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Federal Court (Mahkamah Persekutuan).

“Jika Federal Court mengesahkan keputusan oleh High Court dan Appeal Court, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Special Court (Mahkamah Khas),” tulisnya lagi.

Tiada ulasan: