Jumaat, 27 Januari 2012

Dakwaan belanja besar, Jingga 13 gesa SPRM siasat

NGO yang ada kaitan dengan PKR - Jingga 13 - membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, menggesanya menyiasat dakwaan bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berbelanja besar semasa bercuti di Australia.

NONEKumpulan itu memetik satu laporan Malaysiakini yang merujuk kepada satu artikel dalam akhbar Australia - Sydney Morning Herald - tulis kolumnis Andrew Hornery yang menggelar Rosmah sebagai "First Lady of Shopping' kerana dikatakan telah membelanjakan RM300,000 membeli-belah di butik mewah pereka fesyen di Sydney, Carl Kapp.

Bercakap dalam sidang media sebelum membuat laporan tersebut, ketua penyelaras Jingga 13, Fariz Musa (kiri) mengulangi cabaran kepada Rosmah, menyaman penerbitan tersebut, Hornery dan Kapp sendiri yang mengesahkan perkara itu, jika ia benar-benar fitnah.

Dalam memfailkan laporan di pejabat SPRM Shah Alam, NGO itu mendesak suruhanjaya meneliti di mana Rosmah mendapat wang untuk tujuan tersebut.

Tiada ulasan: