Isnin, 23 Januari 2012

Chong Wei Nafi Jadi Alat Politik

ANTARA POS.COM
Post Pic


KUALA LUMPUR: Pemain badminton negara, Lee Chong Wei menafikan tanggapan bahawa ahli-ahli politik menggunakan populariti beliau untuk kepentingan politik mereka.

Menjawab soalan media di majlis pelancaran buku beliau mengenai perkara tersebut, beliau bekata," Saya tidak fikir demikian. Bagi saya, saya bukan seorang ahli politik.

Majlis pelancaran buku beliau telah disempurnakan oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon.

"Saya menjemput seorang ahli politik hari ini kerana beliau adalah seorang menteri, jadi saya memintanya merasmikan pelancaran buku saya," katanya lagi.

Apabila ditanya, adakah tindakan tersebut boleh mencemarkan reputasinya, beliau menafikannya sambil berkata," Tidak..saya hanya seorang ahli sukan."

Lee, bagaimanapun enggan memberi ulasan mengenai jemputan dari kediaman rasmi perdana menteri sejurus selepas beliau tiba dari London Mac lalu, selepas memenangi kejuaraan badminton All-England.

Di majlis yang berlanngsung selama dua jam berkenaan, Lee juga melancarkan kelab penyokongnya, sambil menandatangai beberapa koleksi terhad bukunya.

Beliau juga turut menandatangani satu perjanjian dengan Gempak Starz bagi menerbitkan versi kartun buku autobiografinya.

Terdahuluu, dalam ucapannya, Koh mengulas mengenai buku tersebut serta memuji kandungannya yang mendalami semangat satu Malaysia.

"Saya fikir, buku ini juga mencerminkan semangat 1Malaysia, tentang bagaimana sukan boleh menyatupadukan rakyat dan bagaiman sukan juga sebenarnya menjangkaui pelbaggai kaum dan bangsa," kata Koh lagi.

Tiada ulasan: