Selasa, 17 Januari 2012

Adun Umno didakwa berbohong

FREE MALAYSIA TODAY

Mohd Rahin Said didakwa melakukan dua kali iaitu ketika projek baru dimulakan dan sewaktu mengumumkan bayaran pampasan tanah tersebut.

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas pemimpin Puteri Umno di Terengganu mendakwa Adun Telok Pasu, Datuk Mohd Rahin Said telah memperdaya penduduk kampung dalam pengambilan tanah.

Kerajaan negeri mengambil tanah di Kampung Banggol Donas dekat Kuala Terengganu bagi pembinaan jalan dan jambatan.

Rusni Hassan berkata, Adun itu didakwa berbohong sebanyak dua kali iaitu ketika projek baru dimulakan dan kali kedua sewaktu mengumumkan bayaran pampasan tanah tersebut.

Bukan ketua

“Beliau ucap terima kasih keana penduduk kampung bersetuju dengan pembinaan tersebut, sedangkan tiada perbincangan dengan orang kampung,

“Minggu lalu pula Rahin berkata pampasan tanah RM1 juta bagi sehektar, mana boleh sama pampasan tanah pembangunan dengan tanah pertanian,”ujar Rusni.

Ketika dihubungi, Rahin berkata, Rusni bukan ketua Puteri Umno seperti yang didakwa.

Katanya, Rusni bebas bercakap apa sahaja kerana negara mengamalkan demokrasi.

Tiada ulasan: