Isnin, 2 Januari 2012

2012 Tanpa Anwar - PKR telah Siap Sedia.

Radhi Razak

alt

KUALA LUMPUR . - PKR sudah bersiap sedia untuk menghadapi pertaruhan politik berhadapan pihak lawan walaupun Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dipenjarakan.

Menurut Ketua Wanita PKR, YB. Zuraida Kamaruddin, insiden sebegini pernah berlaku pada tahun 1999 di mana parti yang pada ketika itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (PKN) berhadapan dengan Barisan Nasional ketika Anwar dipenjarakan.

"Ketika Anwar dipenjara pada tahun 1999, kita diluar menubuhkan Parti Baru (keADILan) dan kita buat gerak kerja sehinggalah Datuk Seri Anwar keluar dan terus yang akhirnya kini kita berjaya menawan 4 buah Negeri." jelas Zuraida ketika ditanya wartawan KL POS.

Zuraida juga kesemua pimpinan PKR telah menjangkakan bahawa Anwar bakal didapati bersalah dan dipenjarakan. Namun ianya tidak menjadi masalah buat jentera untuk terus bergerak malah akan terus menyampaikan mesej kezaliman UMNO/BN dan menegakkan keadilan rakyat.

"Walaupun kita tahu ianya (Anwar dipenjara) adalah satu kezaliman, tapi parti keADILan khususnya bersedia meneruskan perjuangan menegakkan keadilan." tegas beliau lagi.

Ahli Parlimen Ampang ini berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Bebas Anwar 901 di sini malam tadi. [VIDEO DI SINI]

Tiada ulasan: