Keenam-enam orang tahanan di bawah Ordinan Darurat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, sebulat suara mendakwa bahawa kuasa rakyat yang membebaskan mereka daripada penahanan. Malah, keberanian rakyat untuk turun ke jalan raya pada 9 Julai 2011, dan kecekalan untuk terus mendesak agar EO6 dibebaskan, membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah tidak takut lagi.
Ahli parlimen Sungai Siput Micheal Jeyakumar Deveraj (gambar kiri, kiri) menjangkakan dirinya bersama rakan seperjuangannya akan ditahan untuk tempoh 60 hari, malah mungkin dilanjutkan kepada dua tahun - namun akhirnya kerajaan terpaksa akur kerana desakan daripada rakyat Malaysia untuk membebaskan mereka.
Micheal Jeyakumar menganggap penangkapan EO6 bertujuan untuk menakutkan rakyat Malaysia agar tidak menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, namun strategi ini terbukti gagal.
Ketika menggulung selepas EO6 yang dibebaskan jam 5.30 petang semalam berucap, Setiausaha Agung PSM Arutchelvan menyimpulkan bahawa "Rakyat Malaysia tidak boleh ditakut-takutkan lagi dengan cerita karut!"
Arutchelvan menceritakan bagaimana PSM sebagai parti yang paling miskin, meraih sokongan ramai selepas penahanan aktivis partinya berikutan perhimpunan BERSIH 2.0. Mereka sempat untuk mengumpul wang sebanyak RM192,000 dalam masa dua jam, untuk mengikat jamin aktivisnya yang ditahan. Malah, selepas penahanan EO6, ada orang yang mengunjungi ibu pejabatnya untuk mengisi borang kemasukan parti.
Kira-kira 400 orang dari latar belakang kaum yang pelbagai hadir untuk menyambut pembebasan EO6 di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor. Satu forum untuk membincangkan Ordinan Darurat dijadualkan untuk diadakan semalam, bertukar kepada perkongsian pengalaman EO6. Forum ini juga bertembung dengan candle light vigil untuk mendiang Teoh Beng Hock, yang diadakan pada 9 malam.
Selepas EO6 berkongsi pengalaman mereka, hampir kesemua hadirin menyertai candle light vigil di tingkat bawah Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KL-SCAH) menambahkan bilangan peserta kepada kira-kira 600 orang. Pengerusi BERSIH 2.0, EO6 dan wakil-wakil NGO turut hadir untuk memberi solidariti kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock.
Rakyat adalah wira demokrasi
Laungan slogan "Hidup Rakyat", "Mansuh Akta Zalim", "Hancur EO", terus kedengaran, malah penyokong PSM menyanyikan lagu "Suara Rakyat" dan lagu "Internasionale" untuk menyambut ketibaan EO6. Selain penyokong PSM dan aktivis sosial, pemimpin politik yang turut hadir termasuklah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan lain-lain. Puluhan polis berada di sekitar bangunan KL-SCAH, tetapi tidak mengganggu perjalanan aktiviti.
Ketika berucap, AJK PSM Choo Chon Kai menjangkakan bahawa dirinya akan ditahan untuk tempoh yang panjang, namun beliau tidak pernah berasa gentar sama sekali.
"Saya ada kepercayaan kepada rakyat di luar sana. Saya percaya rakyat kita sudah matang," katanya disambut dengan sorakan. Beliau menambah, "Saya tidak merasa kami enam orang ini adalah wira. Wira yang sebenarnya adalah anda semua. Setiap orang, setiap rakyat yang turun ke jalan raya pada 9 Julai. Anda semua adalah wira demokrasi kepada politik di Malaysia ini!"
Penahanan di bawah Ordinan Darurat kali ini tidak melunturkan semangat R Saratbabu, malah beliau telah berjanji kepada dirinya, bahawa beliau akan bersama perjuangan PSM selepas dibebaskan. AP Letchumanan pula berkata, Ketua Polis Negara hanya boleh memenjarakan badannya, tetapi gagal memenjarakan semangat perjuangannya.Sugumaran a/l Munisamy mengisahkan pengalamannya dalam nada berjenaka, menceritakan betapa lucunya cara soal-siasat pegawai penyiasat. Beliau ditanya soalan apa yang dilakukan pada bulan pertama tahun 1990, diminta untuk bernyanyi, malah pegawai penyiasat cuba membandingkan PSM dengan Parti Komunis Malaya (PKM) - PSM dengan hanya seorang pemimpin berketurunan Melayu, iaitu Nasir Hashim, sementara yang selainnya adalah berketurunan India. Sugu berkata pegawai penyiasat cuba menyamakan situasi ini dengan PKM, yang mana Rashid Maidin seorang sahaja Melayu di kalangan pemimpin PKM, dengan pemimpin selebihnya adalah berketurunan Cina.
Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, turut mengalami pengalaman yang agak sama, di mana pegawai penyiasatnya cuba menyamakan sosialisme dengan komunisme. Beliau yang tidak tahan dengan kenyataan pegawai penyiasat itu berkata mereka telah puluhan tahun ketinggalan, sedangkan kita kini berada dalam abad ke-21.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
Kami menyeru kerajaan mengambil tindakan keras terhadap pimpinan tertinggi SPRM. Dua tahun yang lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Ahmad Said mengatakan Teoh bunuh diri sebelum pihak polis menyempurnakan siasatan. Dia berkata SPRM tidak perlu bertanggungjawab ke atas kematian Teoh kerana ketika itu Teoh tidak lagi di bawah jagaan SPRM. Sekarang, laporan suruhanjaya siasatan telah membuktikan,Teoh belum dibebaskan oleh SPRM pada masa kematiannya.
Ini menunjukkan Abu Kassim cakap tak serupa bikin, tidak benar-benar mengkaji semula kaedah-kaedah soal-siasat SPRM yang mencabuli hak asasi manusia, SPRM tidak ada sebarang tindakan boleh dikatakan ikhlas dalam tragedi Teoh. Kes kematian kedua pula terjadi dalam tempoh Abu Kassim sebagai Ketua Pesuruhjaya. Kami menggesa Abu Kassim segera meletakkan jawatan atas kematian Teoh dan kes-kes penyelewengan kuasa lain. Jikalau tidak ada seorang pun bertanggungjawab ke atas kematian Teoh dan dikenakan hukuman, kematian di bawah tahanan agensi kerajaan tidak akan dipandang serius, reputasi kerajaan akan dicemarkan.
Sultanah Johor Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah, bertitah meskipun niat asal perhimpinan BERSIH adalah tulen atau ikhlas, namun ia telah diambil alih oleh pihak lain.
Mereka terdiri daripada 14 lelaki dan tiga wanita yang membantah penggunaan EO ke atas enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Tiga wanita yang juga menyertai majlis hari ini adalah ahli jawatankuasa pusat PSM - Soh Sook Hwa, Loo Que Lin dan Yap Soo Huey.
Walaupun mengakui negara memerlukan undang-undang pencegahan bagi menangani ancaman keselamatan seperti kegiatan pengganas, Shad Saleem berkata undang-undang sedemikian perlu dikaji semula bagi mengekang kuasa mutlak menteri dan memastikan penggunaannya perlu diperketatkan.
Menurut Shad Saleem, lembaga keselamatan khas itu juga perlu mempunyai akses kepada maklumat berhubung sebarang penahanan yang sekarang dirahsiakan oleh kementerian dalam negeri.

KUALA LUMPUR— Berikutan pembebasan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat selama 28 hari Jumaat lalu, Suhakam mengulangi gesaan agar Putrajaya memansuhkan kesemua undang-undang penahanan tanpa bicara.
KUALA LUMPUR — Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi “liabiliti paling besar” kepada Umno, menjelang pilihan raya umum ke-13 berikutan kegagalan perdana menteri dalam menangani beberapa isu penting termasuk Bersih 2.0 dan penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.
KUALA LUMPUR — Khairy Jamaluddin melahirkan sokongan agar kerajaan menggubal Akta Kebebasan Maklumat tetapi menegaskan, ada beberapa perkara yang berkait rapat dengan kepentingan negara seperti pemerolehan pertahanan tidak boleh didedahkan.
KUALA LUMPUR — Dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing telah mengambil keputusan untuk menyaman polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan pusat berhubung tindakan menahan mereka 9 Julai lalu dan ia akan difailkan minggu depan.
PUTRAJAYA — Datuk Seri Najib Razak mengumumkan MIC, parti komponen BN itu, akan menerima satu lagi jawatan menteri penuh — amalan yang dipraktikkan ketika pentadbiran bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak.
Juanda (gambar), salah seorang personaliti yang dilaporkan disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau berkata, beliau berharap isu yang muncul semula sejak seminggu lalu dapat diselesaikan.
Dakwanya beliau mengeluarkan arahan berkenaan kepada penyokong PERKASA kira-kira 90 minit sebelum mereka sepatutnya berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa pada jam 2.30 petang Sabtu itu.
"Saya tanya mana (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, mereka kata tak ada. Kemudian, saya tanya siapa yang ada? Mereka kata (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) dan (presiden PAS) Abdul Hadi Awang," kata Ibrahim.
Pada masa yang sama, dakwanya PERKASA tidak mahu menambahkan beban polis yang terpaksa berdepan dengan perhimpunan haram BERSIH pada hari berkenaan.
Ibrahim bagaimanapun mengakui pada hari tersebut beliau berada di rumah dan berulang-kali menafikan ahli PERKASA adalah penakut dan mendakwa semua penyokongnya telah bersiap-sedia dan hanya menunggu arahannya.
Mangsa Yew Boon Lye yang juga ketua PKR cawangan Klang pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini berkata, akibat tembakan gas pemedih berkenaan, mata kirinya juga lebam.
"Berapakah harga jualan keseluruhan tanah tersebut dan nilai jualan setiap kaki persegi? Apakah terma-terma dalam perjanjian jual-beli tersebut? 
Mereka yang dibebaskan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima yang lain itu ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25
Berucap kepada para penyokong, keenam-enam mereka mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang dianggap wira sebenar yang merintis pembebasan mereka.
Beliau mendakwa usaha mengaitkan PSM dengan komunisme cuba digambarkan sebagai "kumpukan jahat".