Risalah berwarna kuning dilekatkan pada belasan kereta di Seksyen 2 Wangsa Maju, menyeru "tumbangkan kerajaan sekarang" atas nama "BERSIH 2.0", pagi ini. Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat menafikan bahawa risalah ini diedarkan oleh pihak BERSIH 2.0, dan mengecam sekeras-keras tindakan pemalsuan ini.
Wartawan MerdekaReview diberitahu bahawa risalah kuning dilekatkan pada kenderaan di tempat letak kereta Seksyen 2 Wangsa Maju, pagi ini. Antara mesej yang tertera pada risalah tersebut termasuklah "PERHIMPUNAN Bersih2.0", "BERSAMA KITA TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG!!!", dan "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!"
Banyak lagi risalah sedemikian yang bertaburan di situ, tanpa mengetahui siapakah pengedarnya.
Setelah meneliti gambar yang ditunjukkan MerdekaReview, Wong Chin Huat menekankan bahawa BERSIH tidak menyeru untuk menggulingkan kerajaan, dan tidak menyamakan gerakan ini dengan gerakan pembangkang di dunia Timur Tengah, maka risalah tersebut bukan diedarkan BERSIH. Justeru itu, adalah tidak masuk akal seandainya BERSIH menyeru "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!", katanya.
"BERSIH bukan untuk menggulingkan kerajaan, tetapi menyeru untuk mereformasikan sistem pilihan raya, meningkatkan keabsahan kerajaan yang dipilih rakyat," tegasnya.
Wong Chin Huat mengecam tindakan menyamar dan memalsukan mesej asal BERSIH, dan juga meminta agar orang awam berwaspada terhadap taktik sedemikian. Beliau menjangka saluran penyebaran mesej BERSIH 2.0 akan disempitkan, berikutan tindakan polis menyerbu dan menggeledah pejabat BERSIH 2.0, tengah hari tadi.
Beliau berkata, BERSIH 2.0 hanya menyeru agar rakyat turun untuk berhimpun pada 9 Julai, sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan BERSIH 2.0. Wong meminta agar rakyat memakai baju kuning, membawa bendera dan kamera, "Seandainya dihalang dan gagal menyertai himpunan BERSIH, ambillah gambar di tempat tersebut sebagai kenangan. Jangan memberi laluan kepada halangan yang berniat jahat," katanya.
*Chan Kim Ming ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disunting dan diterjemah dari teks asal.

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM V Selvam (kiri) berkata beliau menerima aduan daripada 14 tahanan wanita bahawa keadaan di penjara semasa tahanan reman mereka yang dijangka berterusan hingga 2 Julai ini adalah sebegitu buruk.
Seorang pelajar di Adelaide dalam satu kenyataan berkata tunjuk perasaan akan diadakan pada masa sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini yang dijadualkan pada jam 2 petang.
“Di Adelaide, perhimpunan akan diadakan di Victoria Square Fountains, ia lebih menjurus ke arah mendidik pelajar Malaysia mengenai demokrasi dan situasi yang sedang dihadapi di Malaysia.
Menurut Maverick, beliau langsung tidak gusar dengan amaran yang dikeluarkan oleh pejabat Konsulat Malaysia pada 24 Jun lalu yang melarang pelajar Malaysia berhimpun. Ini kerana katanya, rakyat Australia juga akan menyokong mereka.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan lawal hari ini, Teresa (kiri) - yang juga setiausaha organisasi DAP - dijadualkan memberi keterangan pada jam 3 petang di ibupejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.
Beberapa aktivis terkemuka turut dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis hari ini.
“Polis tidak boleh masuk kawasan Parlimen tanpa kebenaran speaker. Polis hanya boleh membekalkan perkhidmatan kepolisian atas permintaan pegawai parlimen, bentara dan speaker,” kata Lim (DAP-Ipoh Timor) ketika mencelah perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Kewangan Bisnes.
Menurut Pandikar (kiri) beliau juga mengetahui mengenai perkara berkenaan selepas membacanya di media.
Difahamkan, Wardina setakat ini tidak menghadapi masalah berhubung status kontrak berkenaan walau timbul persoalan mengenai sikapnya yang kini didakwa berani menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.
Menamakan diri mereka sebagai Seniman Paksi Rakyat (PAKSI), mereka menyifatkan tindakan polis menyiasat A Samad atas akta hasutan dan akta polis sebagai tidak wajar dan menimbulkan curiga terhadap "manusia sebaik A Samad".
Ditanya tentang tindakan kebanyakan seniman yang masih berdiam diri, Che Shamsuddin berkata beliau kesal dengan tindakan itu.
Beliau menegaskan bahawa tindakan berterusan pihak polis terhadap mereka yang ada kaitan dengan BERSIH "tidak akan menghalang perhimpunan tersebut".
Anggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggeledah pejabat itu.
Beliau juga mencabar ketua polis negara bagi membuktikan bahawa mereka telah melakukan jenayah dan hentikan 'menakut-nakutkan' rakyat.
Saya yakin dengan apa yang dilakukan kerajaan diterajui Najib dengan menyalahgunakan wang rakyat BN akan tumbang pada pilihan raya umum kali ini.
KEPALA BATAS: Hasrat keluarga anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan polis untuk berkampung di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kepala Batas malam ini tidak kesampaian apabila mereka dihalau pada waktu Maghrib tadi.
Menurut Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan (kiri) kedatangan mereka ke IPD Kepala Batas semata-mata mahu melihat kaum keluarga yang ditahan bukan berniat mahu menimbulkan huru hara atau berdemo.
KUANTAN: PAS Pahang menggesa dan menaruh harapan besar pihak berkuasa agama untuk memanjangkan isu insiden penyiaran karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu untuk dipertimbangkan semoga tindakan yang berkesan dapat diambil bagi memelihara kesucian agama Islam dan kesejahteraan hidup rakyat.
Jelas Tuan Ibrahim, maksud dalam gambaran yang diberikan oleh karikatur tersebut adalah jelas bertentangan dengan perjalanan hukum syariah yang sebenar.
KUALA LUMPUR: 'Wang ehsan' yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu merupakan satu penghinaan kepada Dewan Rakyat, kata Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat).
Sementara itu, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) mendakwa pindaan RUU Petroleum (Cukai Pendapatan) itu hanya untuk "menyelamatkan" beberapa individu dalam syarikat yang berkepentingan bagi Umno BN.
KUALA LUMPUR: Pihak kerajaan dan pengamal media tertentu sengaja memainkan peranan seolah-olah ingin merancang huru-hara pada himpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai ini.
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih adalah pra kejatuhan Umno BN.
SHAH ALAM: Menjelang majlis solat hajat dan pidato khas yang bakal diadakan malam ini, beberapa sepanduk hebahannya menjadi mangsa vandalisme.
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) berkata, segala ancaman dan tekanan pemerintah BN terhadap aktivis perhimpunan itu adalah manifestasi dari ketakutan dan kecemasan melulu mereka kepada keberanian rakyat dalam menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihan raya negara ini.
KUALA LUMPUR: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim mempersoal tindakan polis menangkap aktivis Bersih termasuk Adun di Sungai Siput, Perak pagi tadi.
Seramai 14 orang yang ditahan polis kira-kira 9.00 pagi di Pasar Sungai Siput termasuk Adun Teja, Chang Lih Kang, Adun Jalong, Leong Mei Meng dan Timbalan Setiausaha PKR Negeri Perak, Tan Kar Hing.
"Saya dan Adun-adun Pakatan yang lain datang untuk memberi sokongan moral kepada meraka, juga harap semua petugas Pakatan tidak lemah semangat untuk mengedarkan risalah di mana-mana saja," katanya.
KUALA LUMPUR: Walaupun ditekan dengan pelbagai asakan, PAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada polis dan media BN kerana membuat promosi percuma untuk perhimpunan Bersih 9 Julai ini.
PETALING JAYA— Kepimpinan PKR menjangkakan pentadbiran Najib akan mengisytiharkan darurat di ibu negara sebagai jalan terakhir bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 yang dirancang untuk didakan awal bulan depan.
KUALA LUMPUR - Polis hari ini menyerbu pejabat Bersih 2.0 di Petaling Jaya, kata salah seorang anggota jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah.

