Sabtu, 17 Disember 2011

Skandal NFC: MARAH dilancar, tolak penyelewengan Umno

Oleh: Nabihah Hamid

PETALING JAYA: NGO Jingga 13 melancarkan kempen Mobilisasi Rakyat Anti Rasuah dan Pecah Amanah (MARAH) untuk membantah keras penyelewengan, rasuah dan pecah amanah yang dilakukan dalam negara.

Pengerusinya, Fariz Musa berkata, MARAH merupakan satu gerakan rakyat yang menolak kerakusan pimpinan politik pemerintah yang menggunakan kedudukan status dan jawatan untuk kepentingan peribadi serta ahli keluarga mereka.


Sebelum ini Jingga 13 membuat laporan polis dan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Namun sehingga kini pihak berkuasa tersebut masih gagal mengambil sebarang tindakan berhubung laporan itu yang menyelewengkan RM250 juta wang rakyat.

Kempen yang dijangka akan dilancarkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pandan, Kuala Lumpur pada 22 Disember ini.

Fariz menambah, pihak media turut dijemput untuk menyertai rombongan ke dua lot tanah di Putrajaya yang dibeli oleh Keluarga Shahrizat di Presint 10, Ahad ini.

“Kita (Jingga 13) telah mengenalpasti tanah tersebut dan akan ke sana,” katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Kempen tersebut turut dimuatkan di blog, gerakanmarah.blogspot.com, dan laman sosial Facebook – Marah.

Tiada ulasan: