Rabu, 7 Disember 2011

Perkhidmatan Kereta Api Bukit Bendera Dihentikan Sementara

MSTAR ONLINE

GEORGE TOWN: Perkhidmatan kereta api Bukit Bendera akan dihentikan sementara selama tujuh hari mulai 9 Jan depan bagi tujuan pemeriksaan dan penyelenggaraan.

Pengurus Pemasaran dan Promosi Bahagian Perbadanan Bukit Bendera Anne Goh berkata operasi kereta api berkenaan akan berjalan seperti biasa selepas penyelenggaraan tahunan itu.

"Orang ramai atau pelawat boleh memilih untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Track Jeep dari Taman Botani atau menggunakan laluan mendaki yang sedia ada untuk ke Bukit Bendera," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata orang ramai juga boleh melayari laman web www.penanghill.gov.my bagi menyemak jadual dan sebarang perkembangan terkini mengenai perkhidmatan kereta api itu. - BERNAMA

Tiada ulasan: