Jumaat, 23 Disember 2011

Masuk derma ke akaun ahli politik 'tak boleh diterima'

Badan pemantau rasuah - Transparency International Malaysia (TIM) - berkata tiada alasan yang sah untuk memasukkan sumbangan - politik atau tidak - ke dalam akaun bank peribadi.

Bercakap kepada Malaysiakini, Presidennya, Datuk Paul Low berkata amalan sedemikian membuka mengakibatkan berlaku penyalahgunaan.

"Menerima sumbangan melalui akaun bank individu sememangnya langsung tidak boleh diterima. Ia membuka banyak ruang untuk penipuan dan tuntutan falsu. Ia boleh disalahgunakan," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan rasuah yang melibatkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, Low berkata ia masih sukar bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuktikan kes.

"Ia akan menjadi sukar untuk membuktikan rasuah kerana tidak ada peraturan-peraturan yang mengatakan bahawa ahli politik tidak boleh menerima sumbangan," katanya.

Semalam, Awang mengakui menerima sumbangan wang tunai dalam tiga akaun peribadinya, tetapi berkata wang tunai itu adalah untuk program kebajikan di Bachok, di mana beliau merupakan ketua Umno bahagian.

Tiada ulasan: