Selasa, 20 Disember 2011

Ifa Raziah Sah menghidap Kanser Payudara?

Radhi Razak

alt

KUALA LUMPUR . - Pelakon dan Penyanyi Ifa Raziah baru-baru ini telah dikejarkan ke Hospital Pantai Bangsar setelah mengalami kesakitan di bahagian payudara beliau.

Mengikut laporan, pihak doktor telah mengenalpasti terdapat beberapa bengkak yang agak keras di bahagian kesakitan yang dialami beliau itu.

Namun, Ifa Raziah ketika dihubungi beberapa media mengesahkan beliau tidak mengalami Kanser Payudara sepertimana yang dikhabarkan beberapa pihak sebelum ini.

Salah seorang peserta Maharaja Lawak Mega dari Kumpulan Syok itu mendakwa, pihak Hospital melaporkan kepada beliau terdapat virus terdapat virus dalam air di bahagian payudara Ifa yang membuatkan bahagian berkenaan keras seperti batu.

"Selepas rawatan ini, doktor telah menasihati agar menjalani pembedahan dalam kadar segera. Sepatutnya Ifa kena buang ketulan membengkak itu dalam masa terdekat. Bagaimanapun disebabkan Ifa sibuk dengan MLM, Ifa ketepikan seketika soal sakit ini. Apa sekalipun, Ifa harap janganlah peminat salah sangka terhadap apa yang diberitahu ini. Ifa bukannya sakit disebabkan mahu membuat pembedahan payudara untuk masukan silikon," kata bealiau menjawab persoalan beberapa wartawan media.

Ifa walaubagaimanapun dinasihatkan berjaga-jaga kerana penyakit kerana arwah Ibu beliau pernah mengalami kanser payudara sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Ianya kerana arwah ibu Ifa memang pernah sakit kanser payudara. Jadi, peluang Ifa diserang kanser itu memang senang disebabkan keturunan yang menderita sakit berkenaan. Ifa berharap, semua mendoakan yang terbaik untuk Ifa. Semoga Ifa boleh teruskan perjuangan dalam MLM dan seterusnya dalam bidang seni.

"Sejujurnya, Ifa bukannya mahu meraih simpati sesiapa. Oleh itu, Ifa sebolehnya tidak mahu kecoh tentang sakit yang Ifa alami ini. Ifa takut, orang ingat Ifa mahu cari publisiti murahan. Ifa dah sakit lebih sebulan iaitu sejak mula-mula Ifa menyertai MLM lagi. Namun, Ifa tahan sakit ini sendiri."

Tiada ulasan: